Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • RM80 juta dana Kerajaan Sarawak baiki rumah daif di Kabong
  • TEMPATAN

RM80 juta dana Kerajaan Sarawak baiki rumah daif di Kabong

Utusan Sarawak 2 years ago

“Sebanyak 251 penerima telah dan bakal menerima manfaat projek ini sehingga projek untuk fasa 1 tahun 2022. Saya turut meminta Kerajaan untuk menyediakan rumah mampu milik di kawasan DUN Kabong untuk merealisasikan impian kepada golongan berpendapatan rendah (B40) dan Sederhana (M40) di kawasan tersebut." - Mohd Chee Kadir

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyalurkan dana sebanyak RM80 juta untuk membaiki rumah daif rakyat di kawasan DUN Kabong menjelang 2023.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir berkata, DUN Kabong memerlukan perhatian penuh daripada Kerajaan Sarawak untuk menggiatkan aktiviti pembangunan di kawasan tersebut.

“Sebanyak 251 penerima telah dan bakal menerima manfaat projek ini sehingga projek untuk fasa 1 tahun 2022.

“Saya turut meminta Kerajaan untuk menyediakan rumah mampu milik di kawasan DUN Kabong untuk merealisasikan impian kepada golongan berpendapatan rendah (B40) dan Sederhana (M40) di kawasan tersebut,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahas dalam persidangan hari keempat Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 di sini pada Khamis.

Sementara itu, beliau turut mengutarakan beberapa masalah yang dihadapi di kawasan Kabong.

Antaranya adalah masalah Ban Pecah di Empayang, hakisan di beberapa lokasi sepanjang Sungai Seblak, ancaman pukat tunda kepada nelayan pesisir pantai, pembersihan parit kiri dan kanan Jalan Nyabor ke Kabong dan pembinaan balai bomba untuk Kabong.

“Saya mencadangkan agar Kerajaan Sarawak memberi perhatian khusus kepada Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bagi kawasan tersebut.

“Ini adalah kerana Kabong mempunyai potensi dibangunkan sebagai industri desa berasaskan produk hasil tani seperti daripada rumbia, pokok apong (nipah) dan lain-lain hasil tani yang masih lagi murah dari segi bahan mentah, bertahan lama dan semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

“Maka dengan ini saya mencadangkan kerajaan membina satu pusat pengeluaran untuk menjenama dan memasarkan produk yang pelbagai itu,”jelasnya.

Oleh AZREEN KERIA

Continue Reading

Previous: JPJ Sarawak laksana penguatkuasaan ke atas lori
Next: 62 sekolah daif telah siap dibaik pulih di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.