Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM700,000 naik taraf dua jambatan  
  • Tengah
  • WILAYAH

RM700,000 naik taraf dua jambatan  

Utusan Sarawak 3 months ago

SARIKEI: Jambatan Jalan Council Jakar, dan jambatan Jalan Sungai Ribong akan dinaik taraf dengan kos RM700,000.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang juga Ahli Parlimen Sarikei, dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii berkata, anggaran kos untuk menaik taraf setiap jambatan tersebut adalah RM350,000.

“Kedua-dua jambatan ini akan dinaik taraf kepada jambatan besi.

“Projek tersebut kini pada peringkat kerja ukur, dan proses tender akan dibuka pada masa terdekat.

“Aduan mengenai kedua-dua jambatan ini telah diperiksa dan permohonan membaik pulih telah dikemukakan oleh saya kepada pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Tiong Sii berkata demikian ketika dihubungi media, hari ini.

“Kedua-dua jambatan ini merupakan jalan utama penduduk di sekitar Sungai Ribong dan Jalan Council Jakar.

“Oleh itu, saya berharap pihak pengurus projek dapat merealisasikan pelaksanaan projek ini untuk keperluan penduduk di sekitar kawasan tersebut.

“Ia adalah selaras dengan hasrat saya yang ingin menyediakan infrastruktur selamat dan selesa untuk para penduduk,” katanya.

Dalam pada itu, pegawai Pusat Khidmat Repok Anthony Suding, Penolong Jurutera Majlis Daerah Sarikei (MDS) Mohammad Reza, dan Penolong Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Mary Rittie telah menjalankan lawatan tapak ke dua jambatan tersebut, semalam. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Dr Sim tinjau kerosakan gazebo
Next: Bomba ronda 35 minit pantau tebingan Sungai Nyelong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.