Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM509,100 geran MRP disalurkan kepada 25 organisasi DUN Mulu
  • Utara
  • WILAYAH

RM509,100 geran MRP disalurkan kepada 25 organisasi DUN Mulu

Utusan Sarawak 2 months ago
TERIMA KASIH…Datuk Gerawat Gala bergambar kenangan bersama penerima geran MRP.

MARUDI: Sejumlah RM509,100 geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) diagihkan kepada 25 organisasi dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mulu hari ini.

Penyerahan cek MRP tersebut disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu Datuk Gerawat Gala di Bilik Seminar Dewan Suarah Marudi.

DATUK Gerawat Gala menyerahkan cek MRP kepada wakil Tabung Aktivit Kemas Baram.

Beliau mengucapkan tahniah kepada organisasi, persatuan dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang telah menerima geran MRP berkenaan dan Gerawat berharap peruntukan MRP ini perlu digunakan dengan sebaik mungkin untuk melaksanakan projek atau aktiviti yang mereka rancang.

Katanya sebaik projek tersebut siap dijalankan, semua penerima geran tersebut perlu memberi laporan kepada Pusat Khidmat DUN Mulu untuk tujuan rekod.

Antara organisasi yang menerima peruntukan MRP berkenaan ialah SIDS Rh Enjob Sg Babi, JKKK Rh Sator Kampung Memaloh, SIDS Unit Rh Ridap Sungai Pasir, Borneo Evangelical Mission Rh Stapang, Jawatankuasa Rekreasi Penerangan Marudi, JKKK Rh Entika Poyut Marudi, SIDS Unit Temesok Linei, SIDS Unit Stapang D, Marudi, JKKK Sg Rian, Stapang D, SIDS Unit Rh Anja Selejau Baru, Pembangunan Poyut Lubok Nibong, JKKK Rh Galang Sg Temesok Linei Tutoh Baram, JKKK Kampung Rh Jawe Blok Melintang Linei dan JKKK Rh Panjang Sg Brit (RH Telajan).

Pertubuhan lain ialah JKKK Rh Michael Biggol Logan Entassan B, JKKK Lugan Tasong, JKKK Rh Michael Biggol Lugan Entassan B, Tabung Aktiviti Kemas Baram, JKKK Rh Michael Biggol Lugan Entassan B, Pertubuhan Agama Buddha Marudi, PIBG SK Sungai Stapang, SIDS Unit Rh Billy Kampung Engkaas, Pejabat Daerah Pertahanan Awam Marudi, JKKK Rh Jawe Blok Melintang Linei dan Borneo Evangelical Mission Long Linei.
Oleh Jiku Juguong


Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pendidik perlu lebih proaktif jaga kesihatan
Next: 68 peserta sertai majlis khatamal al-Quran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.