Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • RM460,000 naik taraf surau Kampung Sungai Endot
  • TEMPATAN

RM460,000 naik taraf surau Kampung Sungai Endot

Utusan Sarawak 5 hours ago
ADUN Kabong, Dato Mohd Chee Kadir menghadiri mesyuarat ahli jawatankuasa pengurusan Surau Darul Taqwa Kampung Sungai Endot, malam tadi. Foto: Adi Safarman

KABONG: Projek bina baharu surau Kampung Sungai Endot di Kabong dengan kos sebanyak RM460,000 yang dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) bakal melalui pelaksanaan Notis Perubahan (NOC).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata notis ini melibatkan perubahan pada tajuk projek serta skop kerja yang akan dilaksanakan. 

“Perubahan ini bertujuan memastikan kesesuaian dan keperluan semasa penduduk setempat dapat dipenuhi secara lebih berkesan memandangkan tujuan pembinaan surau baru di sini tidak dapat dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap selepas menghadiri mesyuarat ahli jawatankuasa (AJK) pengurusan Surau Darul Taqwa Kampung Sungai Endot, malam tadi.

Chee Kadir berkata projek tersebut dijangka memberi manfaat kepada penduduk Kampung Sungai Endot dan sekitarnya dengan menyediakan kemudahan beribadah yang lebih selesa dan moden.

“Kita berharap apabila siapnya naik taraf surau ini nanti, sudah tentunya bakal memberi keselesaan kepada penduduk untuk beribadah serta menjalankan usaha dakwah Islamiah dalam kalangan masyarakat di sini, termasuk menjalankan aktiviti lain” katanya.

Chee Kadir berkata beliau memandang serius keperluan serta kemudahan surau yang selesa kepada warga penduduk di konstituensinya itu dan berharap surau yang telah dinaik taraf itu nanti dapat digunakan sebaik mungkin.

Pada majlis tersebut turut disampaikan geran projek khas kerajaan Sarawak kepada Jawatankuasa Surau Darul Taqwa Kampung Sungai Endot berjumlah RM3,000.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: MIRDA, BIRDCOM pemangkin pembangunan infrastruktur
Next: Bako Day 2025 meriah: Kukuhkan komuniti, promosi pelancongan tempatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.