Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • RM450 juta tingkat bekalan elektrik, jaringan telekomunikasi luar bandar
  • TEMPATAN

RM450 juta tingkat bekalan elektrik, jaringan telekomunikasi luar bandar

Utusan Sarawak 2 months ago
DATUK Julaihi Narawi bercakap kepada media ketika ditemui media semasa menghadiri majlis Rumah Terbuka Hari Raya Premier Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

KUCHING: Kerajaan Sarawak telah meluluskan peruntukan sebanyak RM450 juta bagi meningkatkan bekalan elektrik dan jaringan telekomunikasi di luar bandar.

Menurut Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Julaihi Narawi, kerja menaik taraf infrastruktur elektrik termasuk di kawasan Lundu, Betong, Lubok Antu, Sungai Asap dan Lawas.

“Dana tersebut akan digunakan untuk membina beberapa pencawang baharu, termasuk di Gedong dan Sebuyau, bagi memastikan bekalan elektrik lebih stabil.

“Bagi kawasan Gedong, pembinaan pencawang baharu ini merupakan sebahagian daripada peruntukan RM150 juta, manakala pencawang di Sebuyau akan dibiayai oleh Sarawak Energy,” katanya ketika ditemui media semasa menghadiri majlis Rumah Terbuka Hari Raya Premier Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

Dalam aspek telekomunikasi, beliau menyatakan kerajaan Sarawak sedang giat membina 618 menara pintar di seluruh negeri di bawah program intervensi kerajaan Sarawak.

“Menara ini akan menggunakan teknologi Multi-Operator Core Network (MOCN), membolehkan semua penyedia perkhidmatan telekomunikasi menggunakannya secara bersama.

“Lebih 500 menara telah siap dan sedang beroperasi, manakala selebihnya dalam proses pembinaan dan kami melihat peningkatan ketara dalam liputan internet di kawasan luar bandar.

“Usaha kerajaan negeri ini adalah untuk memastikan kestabilan bekalan elektrik dan meningkatkan capaian internet bagi manfaat rakyat Sarawak,” jelasnya.
Oleh Masrin Affirah

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Aidilfitri strengthens the unity of all races as one big family
Next: Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah raikan tetamu pada hari kedua Syawal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.