Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM321 juta bina Jambatan Batang Rajang
  • WILAYAH

RM321 juta bina Jambatan Batang Rajang

Utusan Sarawak 2 months ago
DITEMU BUAL… Datuk Len Talif Salleh menjawab soalan wartawan semasa Prapelancaran Jambatan Batang Rajang, hari ini. 

SARIKEI: Kos untuk pembinaan 17 kilometer (km) Jalan Pasi ke Tanjung Manis dan Jambatan Batang Rajang sepanjang 1.4 km adalah RM321 juta, menurut Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh.

Katanya, jalan tersebut menjimatkan masa perjalanan dari Sarikei ke Tanjung Manis.

“Ia akan menjimatkan masa dari dua jam setengah…dengan adanya jambatan ini ia akan mengambil masa 45 minit untuk ke Tanjung Manis.

“Alhamdulillah, dengan adanya komitmen kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang dipimpin oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, kita akan melihat banyak lagi pembangunan infrastruktur untuk kemudahan awam dengan tujuan meningkatkan ekonomi di Wilayah Tengah.

“Inilah satu-satunya, jaringan jalan termasuklah jambatan yang akan dan telah dibangunkan oleh Kerajaan GPS,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang berkata demikian ketika ditemui media pada majlis Prapelancaran Jambatan Batang Rajang, hari ini.

Dalam pada itu, dengan adanya jaringan jalan berkenaan, bermakna ia satu pendekatan secara menyeluruh dari segi ekonomi, pelancongan, pertanian, pendidikan dan sebagainya. 

“Dalam sektor pelancongan ini, kita memang mengambil pendekatan yang mana kita akan mengemblengkan tenaga bersama kementerian-kementerian yang lain terutama Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pelancongan,” katanya. 

OLEH EARL ANEK

Continue Reading

Previous: Sarikei bakal terima impak positif pembangunan, sosioekonomi
Next: Misi buru Sang Bedal berjaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.