Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • RM3.25 juta laksana 9 JPD Parlimen Bintulu
  • TEMPATAN

RM3.25 juta laksana 9 JPD Parlimen Bintulu

Utusan Sarawak 5 years ago
DATO Henry Sum Agong (atas) menjawab pertanyaan lisan Ahli Parlimen Bintulu, Dato’ Sri Tiong King Sing dalam persidangan Dewan Parlimen, di Kuala Lumpur, semalam

KUCHING : Sejumlah RM3.25 juta telah diperuntukkan bagi pelaksanaan 9 Projek Jalan Perhubungan Desa (JPD) tahun 2020 di Parlimen Bintulu.

Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II, Dato Henry Sum Agong, ia telah disalurkan kepada Pejabat Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Negeri Sarawak dan projek berkenaan akan dilaksanakan oleh Pejabat KPLB Negeri (PKN).

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lisan Ahli Parlimen Bintulu, Dato’ Seri Tiong King Sing dalam persidangan Dewan Parlimen, semalam.

Dalam perkembangan sama , jelas Dato Henry yang juga Ahli Parlimen Lawas, pelbagai inisiatif dan pendekatan jangka masa panjang kerajaan, sedang giat dijalankan bagi membantu meningkatkan sosioekonomi di kawasan luar bandar terutamanya bagi golongan B40.

Antaranya, menyediakan program-program seperti Program Peningkatan Pendapatan (PPP); Program Keusahawanan yang melibatkan pembangunan perniagaan, pembiayaan dan pemasaran produk usahawan luar bandar; Program Desa Lestari (PDL); Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK); serta Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK).

Penambahan bagi pertanyaan itu, Ahli Parlimen Bintulu, Dato’ Seri Tiong King Sing berterima kasih atas kelulusan pelaksanaan Projek Hulu Pandan Fasa Kedua yang kini sedang dalam proses menunggu pelantikan konsultan.

Namun tambah beliau, masih terdapat beberapa jalan kampung dan jalan menuju ke rumah panjang yang belum dinaiktaraf, terutamanya bagi penyelenggaraan.

Untuk itu, beliau mohon keprihatinan kerajaan untuk mengambil tindakan dan menyegerakan projek berkenaan.

Mengulas lanjut, Dato Henry Sum Agong menjawab, projek-projek berkenaan akan dijalankan secara berfasa.

“ Kerana keperluan kita masih banyak dan projek-projek yang dicadangkan perlu diangkat kepada kementerian -kementerian lain yang turut bekerjasama.” katanya.

“Bagi projek yang belum terlaksana, tindakan akan diambil oleh pihak berwajib dan kita sama-sama menunggu utk pelaksanaan projek ini.” tambah Dato Henry Sum Agong.

Continue Reading

Previous: EPU ketuai Pasukan Petugas Khas Pemantauan Projek Negeri
Next: CoE Openlab: Capai Strategi Ekonomi Digital

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.