Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM28.4 juta untuk laksana projek kawasan DUN Kabong
  • WILAYAH

RM28.4 juta untuk laksana projek kawasan DUN Kabong

Utusan Sarawak 11 months ago
AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir

KABONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Sarawak melalui Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) kerana telah meluluskan projek berimpak tinggi untuk tingkatkan sektor pelancongan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong.

Beliau berkata peruntukan berjumlah RM28.4 juta telah diluluskan bagi melaksanakan lima projek di bawah sektor pembangunan pelancongan dan persekitaran BDDA.

“Antara senarai lima cadangan yang telah diluluskan iaitu cadangan membangunkan medan selera dan inap desa di Pantai Tanjung Kembang berjumlah RM12 juta, kerja-kerja menaik taraf fasiliti di Pantai Tanjung Kembang berjumlah RM10 juta.

“Begitu juga cadangan membina baharu rumah penginapan di Pantai Tanjung Kembang yang memperuntukkan RM3.9 juta.

“Selain itu, peruntukan berjumlah RM1.5 juta untuk menaik taraf prasarana tebingan Sungai Seblak serta peruntukan berjumlah RM1 juta untuk pemeliharaan dan pemuliharaan Fort Charles Kabong,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berkaitan kelulusan lima projek di bawah sektor pembangunan pelancongan dan persekitaran BDDA bagi kawasan DUN Kabong, hari ini.

Justeru, Chee Kadir menyifatkan penubuhan BDDA oleh kerajaan Sarawak dilihat akan merealisasikan hasrat serta impian menjadikan Kabong sebagai Bandar Pelancongan di negeri ini.  

“Antara perancangan utama ialah misi untuk menjadikan Daerah Kabong sebagai ‘Bandar Pelancongan’ di negeri ini akan dapat direalisasikan tidak lama lagi,” tegasnya.

Chee Kadir turut menyeru penyertaan masyarakat setempat dalam projek pembangunan yang dicadang adalah amat penting, dan tanpa penyertaan menyeluruh masyarakat projek pembangunan yang dirancangkan akan mengalami kegagalan.

“Saya berharap semua pemimpin dan masyarakat pelbagai lapisan dalam kampung dapat bekerjasama berkongsi idea untuk memajukan kawasan ini yang memiliki potensi dalam sektor pertanian dan pelancongan,” tambahnya.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: BSMM Cabang Sri Aman sasar 70 penderma layak tampil derma darah esok
Next: 233 pelajar cemerlang SPM 2023 DUN Bukit Assek terima hadiah insentif

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.