Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM205,195 diperuntuk naik taraf tandas awam Pasar Basah Batu 7
  • Selatan
  • WILAYAH

RM205,195 diperuntuk naik taraf tandas awam Pasar Basah Batu 7

Utusan Sarawak 7 hours ago
WILFRED Yap hadir menyaksikan majlis penyerahan rasmi projek RTP siap yang diserahkan kepada Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan, Tan Kai, hari ini.

KUCHING: Projek naik taraf tandas awam di Pasar Basah Batu 7 yang dilaksanakan menerusi Program Transformasi Luar Bandar (RTP) telah siap sepenuhnya dan diserahkan secara rasmi kepada Majlis Perbandaran Padawan (MPP).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap, menyaksikan majlis penyerahan rasmi projek siap daripada kontraktor kepada Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP), Tan Kai, hari ini.

Yap berkata projek bernilai RM205,195 yang dibiayai menerusi peruntukan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) itu dilaksanakan bagi menangani aduan berterusan berhubung keadaan tandas awam yang uzur di salah sebuah pasar paling sibuk di Kota Sentosa.

Beliau berkata, kemudahan yang dinaik taraf itu kini menyediakan persekitaran yang lebih bersih, selamat dan selesa kepada peniaga, pengunjung serta orang awam.

Beliau berkata projek berkenaan melengkapkan inisiatif naik taraf Pasar Basah Batu 7 yang telah dilaksanakan sebelum ini dengan kos RM400,000 di bawah RTP, sekali gus menunjukkan komitmen berterusan kerajaan Sarawak dalam mempertingkat kemudahan awam dan kesejahteraan masyarakat.

Yap juga merakamkan penghargaan kepada MPP, agensi pelaksana, perunding, kontraktor serta semua pihak yang terlibat atas kerjasama mereka dalam menjayakan pelaksanaan projek tersebut.

Pada masa sama, beliau menegaskan komitmen untuk terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan dan pemegang taruh komuniti bagi melaksanakan projek yang memberi manfaat secara langsung kepada penduduk Kota Sentosa.

Oleh Connie Chieng

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Wilfred Yap kekal komited berkhidmat untuk Kota Sentosa meskipun berdepan cabaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.