Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM2.90 untuk setiap kilogram minyak masak terpakai Jumaat ini  
  • Tengah
  • WILAYAH

RM2.90 untuk setiap kilogram minyak masak terpakai Jumaat ini  

Utusan Sarawak 2 months ago
KEMPEN Pembelian Minyak Masak Terpakai akan diadakan Jumaat ini. Foto Facebook MEDIAS-Media MD Sarikei

SARIKEI: Majlis Daerah Sarikei (MDS) akan menganjurkan Kempen Pembelian Minyak Masak Terpakai bagi menyokong usaha pemeliharaan alam sekitar selain memastikan pengurusan sisa minyak masak lebih berkesan.

Kempen ini dianjurkan dengan kerjasama vendor tempatan iaitu Timuran Kembangan Sdn Bhd bertujuan menggalakkan orang ramai, khususnya warga Sarikei agar tidak membuang minyak masak terpakai sewenang-wenangnya yang boleh mencemarkan persekitaran.

Menurut MDS menerusi satu kenyataan di laman facebooknya baru-baru ini, kempen berkenaan akan dijalankan pada Jumaat ini bermula 2.30 petang hingga 5.00 petang di pekarangan tempat letak kereta di Tamu Sentral Sarikei. 

Harga belian untuk sekilogram minyak masak terpakai adalah RM2.90, tertakluk kepada harga semasa. 

MDS juga menyeru semua warga setempat agar mengambil peluang ini untuk bersama-sama menyahut seruan menjaga kelestarian alam sekitar demi kesejahteraan komuniti.

Inisiatif ini dilihat selari dengan agenda hijau kerajaan dalam mengurangkan pencemaran sisa minyak dan memperkukuh amalan kitar semula dalam kalangan masyarakat.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Trend beli saat akhir faktor tempahan lemang berkurangan
Next: 516 penerima bantuan kebajikan terima sumbangan sempena Aidilfitri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.