Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • RM2.1 juta untuk projek kolumbarium 
  • TEMPATAN

RM2.1 juta untuk projek kolumbarium 

Utusan Sarawak 6 months ago

SUMBANGAN… Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyerahkan cek bernilai RM2.1 juta kepada Bishop Anglikan Kuching, Datuk Danald Jute di pejabatnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) di Petra Jaya, hari ini. 

PETRA JAYA: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini menyerahkan cek bernilai RM2.1 juta kepada Bishop Anglikan Kuching, Datuk Danald Jute untuk projek kolumbarium di Katedral St. Thomas. 

Uggah berkata sumbangan itu adalah sebahagian janji kerajaan Sarawak melalui Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) sebagai pakej terakhir sebanyak RM110 juta yang telah diperuntukkan untuk 2024. 

“Projek kolumbarium ini menelan kos sebanyak RM8.5 juta dan disumbangkan oleh kerajaan negeri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan tersebut di pejabatnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Danald pula menjelaskan bahawa pembinaan kolumbarium kini mencapai tahap 60 peratus dan dijangka siap pada penghujung 2025.

Katanya, kolumbarium yang berkapasiti 9,000 ruang simpanan abu ini merupakan keperluan bagi bandar seperti Kuching, di mana abu mayat selepas pembakaran akan disimpan.

“Kolumbarium ini tidak hanya dikhususkan untuk penganut Anglikan sahaja tetapi terbuka untuk semua penganut Kristian. Persetujuan ini dicapai bersama dalam kalangan pemimpin Persatuan Gereja-Gereja di Sarawak.

“Kolumbarium ini terbuka untuk penganut Kristian lain. Kami telah bersetuju dengan pemimpin gereja-gereja lain agar kemudahan ini boleh digunakan bersama,” katanya.

Dalam pada itu, Danald turut menjelaskan bahawa sebuah jawatankuasa pengurusan telah dibentuk untuk memastikan operasi dan penyelenggaraan kolumbarium dapat dijalankan dengan baik dan teratur.

“Kami amat berterima kasih kepada kerajaan negeri terutama kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas sokongan ini. Kami berjanji akan memanfaatkan setiap sen bagi tujuan pembinaan ini,” katanya. 

Oleh Mohd Neenatul Aizal & Noor Ikmal

Continue Reading

Previous: DUN: Direktori Industri Kreatif siap 2025, pangkalan data komprehensif semua pemain industri 
Next: DUN: Kerajaan Sarawak digesa tambah 10 peratus gaji semua penjawat awam persekutuan, negeri – Chong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.