Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • RM15,000 nanti gelaran “Raja Sungai” Krian
  • SUKAN

RM15,000 nanti gelaran “Raja Sungai” Krian

Utusan Sarawak 7 months ago
KENANGAN…Mohammad Dino Amid bersama yang lain merakam gambar selepas Mesyuarat Teknikal Regata Krian 2024 di Saratok, semalam.

SARATOK: Hadiah bernilai RM15,000 bakal menjadi rebutan bagi gelaran ‘Raja Sungai’ Krian bersempena penganjuran Regata Krian Pesta Saratok 2024 yang berlangsung pada 25 hingga 27 Oktober ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik berkata hadiah wang tunai RM15,000 disediakan untuk pasukan yang berjaya mendominasi kategori utama iaitu perahu bidar 30 pekayuh akhir bagi penentu gelaran ‘Raja Sungai’.

Jelasnya lagi, tujuh kategori dipertandingkan untuk Regata Krian 2024 iaitu lumba perahu Bidar 10, 15, 20, 25 dan 30 pengkayuh dan acara maraton 30 pengkayuh yang melibatkan jarak sejauh enam kilometer.

“Selain lumba perahu, terdapat beberapa acara lain berlangsung sepanjang tiga hari itu antaranya pada sebelah malam terdapat Saratok Got Talent, Pertandingan Perahu Berhias, Pertandingan Ratu Etnik dan Pertandingan Bertandak,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri mesyuarat teknikal Regata Krian 2024 yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Saratok, Mohammad Dino Amid, Saratok semalam.

Friday dalam pada itu mahu persiapan untuk penganjuran Regata Krian Pesta Saratok dijalankan dengan rapi.

“Memandangkan Regata Krian merupakan acara kemuncak Pesta Saratok 2024, maka segala perancangan dan persiapan harus dijalankan dengan rapi supaya temasya itu berlangsung dengan jayanya,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN Kalaka, Mohamad Duri menyatakan akan memberikan sokongan kepada penganjuran Pesta Saratok 2024 dimana DUN Krian menjadi tuan rumah untuk mengendalikan acara itu pada tahun ini.

“Kita (DUN Kalaka) akan menyokong dan memberikan komitmen penuh dalam bersama-sama menganjurkan pesta itu nanti dan memastikan penganjuran Pesta Saratok 2024 adalah yang terbaik. “Pesta Saratok 2024 pastinya sesuatu yang di tunggu-tunggu oleh peniaga tempatan mahupun luar daerah bagi meraihkan dan menambahkan  pendapatan mereka,” tambah beliau.

Oleh ADI SAFARMAN

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Mulyo, Jonassen antara calon ketua jurulatih perseorangan lelaki – Rexy
Next: Ten Hag yakin kedudukannya selamat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.