Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • RM14 juta salur bekalan elektrik ke Kampung Stalon
  • TEMPATAN

RM14 juta salur bekalan elektrik ke Kampung Stalon

Utusan Sarawak 3 years ago
SUDAH TERANG… Datu Len Talif Salleh (kiri) menekan suis elektrik sebagai tanda perasmian pembukaan bekalan elektrik di Kampung Stalon.

SARIKEI: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) membelanjakan sekitar RM14 juta bagi pemasangan bekalan elektrik 24 jam untuk kemudahan penduduk 10 buah rumah panjang di Kampung Stalon.

Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, walaupun melibatkan kos yang begitu tinggi, kerajaan tetap komited merealisasikannya demi untuk manfaat rakyat.

“Hari ini (kelmarin), sangat bermakna bagi penduduk Kampung Stalon yang mana saya sendiri turun padang menyaksi dan menghidupkan lampu elektrik di Rumah Mut Bohom.

“Pemasangan kabel bawah tanah ini telah lama dilaksanakan bagaimanapun berikutan pandemik Covid-19 maka agak sukar diteruskan termasuk menunggu kabel dasar sungai dari negara Jepun,” katanya selepas merasmikan majlis perasmian pembukaan bekalan elektrik tersebut, kelmarin.

Tambahnya, sebelum ini penduduk di Kampung Stalon hanya mengunakan janakuasa jenset.

“Dalam pada itu juga, kos janakuasa elektrik yang mahal kerana menggunakan minyak diesel.

“Pemasangan elektrik di Kampung Stalon bermula pada Mei 2019 yang menelan belanja sekitar RM14 juta dari Kerajaan GPS” ujarnya.

Katanya, dengan penyambungan elektrik ini membolehkan penduduk di Kampung Stalon menikmati elektrik 24 jam sehari.

Turut hadir ialah Pegawai Projek SEB, Mohammad Azlan, Tuai Rumah Mut Bohom dan Penghulu Maoh Bohom.

Oleh EARL ANEK

Continue Reading

Previous: Misi jadikan Kabong Bandar Pelancongan
Next: Isu kesihatan diberi perhatian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.