KABONG: Peruntukan berjumlah RM135,000 keseluruhan telah disumbangkan kepada enam masjid di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong bagi tujuan melaksanakan ibadah korban pada tahun ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir berkata, peruntukan yang disumbangkan kepada enam masjid itu adalah bertujuan untuk membeli lembu sempena Hari Raya Aidiladha melalui aktiviti ibadah korban di kawasan masing-masing.
Katanya, enam masjid tersebut ialah Masjid Ar-Rahman Kampung Sessang, Masjid As-Sabirin Kabong, Masjid Asasul Islam Kampung Alit, Masjid Ar-Rahim Kampung Gerigat, Masjid Lebai Mat Kampung Emplam dan Masjid To’ Amal Kampung Nyabor.
“Pada tahun ini, kita menyalurkan peruntukan kepada setiap masjid di DUN Kabong, dan terpulang kepada Jawatankuasa Pengurusan Masjid berkenaan untuk menguruskannya.
“Tidak seperti tahun sebelum, kita sendiri membeli lembu dan diagihkan kepada masjid serta surau di seluruh daerah ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Randau Pemimpin Bersama Jawatankuasa Pengurusan Masjid bagi DUN Kabong dekat sini semalam.
Chee Kadir berkata, sumbangan berkenaan merupakan aktiviti tahunan daripada pihaknya yang diagihkan kepada penerima sasaran mereka.
Beliau memberitahu, ia merupakan kewajipan beliau untuk memberi sumbangan lembu korban bagi memeriahkan suasana sambutan Hari Raya Aidiladha di kawasan DUN Kabong selama ini.
“Justeru, saya sebagai wakil rakyat di sini berharap, agar kesemua penduduk muslim dari enam kawasan terbabit dapat memanfaatkan sepenuhnya daging lembu korban yang diagihkan kepada mereka nanti,” katanya.
Tambah beliau, pengagihan ini nanti akan membolehkan lebih ramai penduduk berpeluang merasai daging korban, terutama golongan yang kurang berkemampuan.

Sumbangan berkenaan kata Chee Kadir diserahkan kepada pengerusi masjid terlibat yang dipertanggungjawabkan bagi mengurus pelaksanaan ibadah korban berkenaan di tempat masing-masing.

Oleh Adi Safarman