Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • RM128,000 geran pendidikan disalur kepada semua sekolah di DUN Kabong
  • PENDIDIKAN

RM128,000 geran pendidikan disalur kepada semua sekolah di DUN Kabong

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATO Mohd Chee Kadir semasa penyerahan geran pendidikan kepada salah satu sekolah di DUN Kabong, semalam. Foto ADUN Kabong

KABONG: Sebanyak RM128,000 geran pendidikan telah diagihkan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS) membabitkan semua sekolah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong bagi memperkukuh pembangunan pendidikan di kawasan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, peruntukan itu disampaikan menerusi Sesi Randau bersama Pihak Pengurusan Sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS) yang dipengerusikannya dekat sini semalam.

Beliau berkata, inisiatif tersebut bertujuan memperkukuh kerjasama antara pihak sekolah, PIBG dan LPS dalam usaha meningkatkan kecemerlangan pendidikan serta kebajikan murid di seluruh DUN Kabong.

“Kerjasama erat antara semua pihak amat penting bagi memastikan setiap sekolah mampu melaksanakan pelbagai program yang memberi manfaat kepada murid dan komuniti setempat,” katanya.

Pada majlis berkenaan, PIBG Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Alit, SK Haji Junid Gerigat, SK Engkabang, SK Abang Moh Sessang, SK Emplam dan SK Ulu Roban masing-masing menerima geran sebanyak RM7,000.

Selain itu, LPS SK Michael Plassu menerima RM6,000 manakala PIBG sekolah berkenaan menerima RM7,000. LPS Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Roban pula menerima RM6,000, sementara PIBG sekolah itu menerima RM6,000.

Turut menerima geran ialah PIBG SK Saint Paul Roban dan PIBG SK Sungai Pasir yang masing-masing memperoleh RM7,000, selain LPS SJKC Chung Hua Kabong menerima RM6,000 dan PIBG sekolah berkenaan menerima RM6,000.

Dalam pada itu, PIBG SK Abang Leman Kabong menerima geran terbesar bagi sekolah rendah iaitu RM15,000, manakala PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kabong menerima RM20,000.

Chee Kadir berkata, dana yang disalurkan itu diharap dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya bagi menyokong pelaksanaan aktiviti pendidikan, pembangunan sahsiah murid serta penambahbaikan kemudahan dan program sekolah.

Beliau turut menegaskan komitmennya untuk terus memperjuangkan agenda pendidikan di DUN Kabong supaya semua sekolah menerima sokongan yang sewajarnya demi memastikan anak-anak di kawasan itu memperoleh pendidikan berkualiti.

Pada masa sama, beliau merakamkan penghargaan kepada kerajaan Sarawak atas kelulusan peruntukan berkenaan yang disifatkan sebagai bukti komitmen kerajaan dalam memperkasakan sektor pendidikan serta membantu pembangunan sekolah di seluruh DUN Kabong.

“Sokongan berterusan kerajaan bersama kerjasama pihak sekolah, PIBG dan LPS diyakini mampu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif, sekali gus melahirkan generasi berilmu, berdaya saing dan mampu menyumbang kepada pembangunan negeri pada masa hadapan,” ujarnya.

Oleh Adi Safarman

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Kerjasama pelbagai pihak asas kejayaan pendidikan di Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.