Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
  • BISNES

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Utusan Sarawak 8 months ago
PADA 8.00 pagi, ringgit naik kepada 4.3600/3720 berbanding dolar AS berbanding 4.3700/3745 ketika ditutup, semalam.

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini susulan sentimen untuk mengambil risiko muncul, kata kata seorang penganalisis.

Pada 8.00 pagi, ringgit naik kepada 4.3600/3720 berbanding dolar AS berbanding 4.3700/3745 ketika ditutup, semalam.

Indeks Dolar Amerika Syarikat (DXY) meningkat 0.45 peratus kepada 101.63 mata.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, mod penghindaran risiko adalah ketara, membawa kepada permintaan yang lebih tinggi untuk mata wang selamat.

Bagaimanapun, perbincangan mengenai kebimbangan deflasi di China telah menyebabkan peserta pasaran bimbang mengenai prospek ekonomi global, katanya kepada Bernama.

“Indeks harga pengguna (IHP) Amerika Syarikat (AS) akan menjadi tumpuan utama, ia akan dikeluarkan pada Rabu dengan anggaran konsensus mencatatkan kenaikan 2.6 peratus tahun ke tahun pada Ogos berbanding 2.9 peratus dicatatkan pada bulan sebelumnya,” katanya.

Mohd Afzanizam berkata, paras sokongan dan rintangan masing-masing ketika ini adalah pada RM4.3259 dan RM4.4390.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan merosot berbanding yen Jepun kepada 3.0451/0537 daripada 3.0449/0482 ketika ditutup, semalam. Bagaimanapun meningkat berbanding euro kepada 4.8113/8245 daripada 4.8310/8360 pada penutupan semalam dan melonjak berbanding pound Britain kepada 5.6985/7142 daripada 5.7195/7253 sebelumnya.

Ringgit didagangkan tinggi berbanding mata wang ASEAN.

Ia naik berbanding baht Thailand kepada 12.8652/9116 daripada 12.8666/8851 semalam, menokok berbanding rupiah Indonesia kepada 282.0/283.0 daripada 282.6/283.1 sebelum ini.

Unit tempatan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.3382/3479 daripada 3.3453/3490 ketika ditutup, semalam dan melonjak berbanding peso Filipina kepada 7.72/7.75 daripada 7.74/7.75 sebelumnya. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka tinggi susulan kenaikan Wall Street
Next: KWAP antara pelabur ZUS Coffee, raih pelaburan baharu RM250 juta 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.