Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
  • BISNES

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Utusan Sarawak 2 years ago

KUALA LUMPUR: Ringgit memulakan urus niaga hari ini dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), diasak tekanan berikutan faktor konflik di Timur Tengah yang berlanjutan.

Pada 9.00 pagi tadi, unit tempatan itu susut kepada 4.7775/7830 berbanding dolar AS daripada  4.7680/7710, semalam.

Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid memberitahu Bernama, pasaran mata wang akan terus menyaksikan keadaan tidak menentu dalam tempoh terdekat ini.

“Ringgit dijangka kekal dalam keadaan semasa dan sebagaimana prestasi semalam. Kebimbangan mengenai konflik Hamas-Israel menjadi tumpuan utama dan akan terus menjejaskan sentimen pasaran.

“Selain itu, hasil Perbendaharaan 10 tahun AS dijangka mencecah paras 5.0 peratus, sekali gus membayangkan bahawa pasaran bon menyaksikan premium inflasi dan dijangka memacu hasil jangka panjang lebih tinggi.

“Hasil jangka pendek seperti tiga bulan jatuh kepada 5.47 peratus yang menjurus kepada keluk hasil lebih curam,” katanya.

Malah, hasil Perbendaharaan 10 tahun AS kekal melebihi 4.9 peratus minggu ini  iaitu yang pertama     kali sejak 2007 dan hanya mengukuhkan lagi dolar AS.

Sementara itu, Pengerusi Rizab Persekutuan AS (Fed) Jerome Powell semalam berkata bank pusat itu kekal lebih berhati-hati dalam soal keputusan dasar monetari berikutan lonjakan hasil bon yang telah mengetatkan keadaan kewangan secara lebih ketara.

“Hasil bon jangka panjang ini telah menjadi faktor pendorong penting dalam langkah lebih ketat itu,” katanya ketika berucap di Kelab Ekonomi New York

Di peringkat tempatan, ringgit juga rendah berbanding kelompok mata wang utama lain.

Ia susut berbanding pound Britain kepada 5.7927/7994 daripada 5.7712/7748 semalam, rendah berbanding euro kepada 5.0522/0580 daripada 5.0274/0305 dan turun berbanding yen pada 3.1880/1919 daripada 3.1821/1843.

Ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang rantau ini iaitu susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4781/4823 daripada 3.4702/4726 dan rendah berbanding dolar Thailand kepada 13.0955/1167 daripada 13.0716/0849.

Unit tempatan itu juga turun berbanding peso Filipina kepada 8.42/8.44 daripada 8.38/8.39 dan susut berbanding rupiah Indonesia kepada 302.0/302.5 daripada 301.4/301.8. – Bernama

Continue Reading

Previous: Ringgit dalam urusan dagangan jamin kedudukan mata wang, perkukuh ekonomi
Next: Kadar inflasi mereda pada 1.9 peratus bagi September 2023 – Jabatan Perangkaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.