Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Ringankan beban kos sara hidup rakyat
  • ADVERTORIAL
  • PRU-15
  • SEMASA

Ringankan beban kos sara hidup rakyat

Utusan Sarawak 2 years ago

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menunjukkan kenyataan akhbar mengenai Bantuan Khas Sarawakku Sayang kepada para media semasa sidang akhbar di sini pada 23 Oktober lalu. FotoBERNAMA

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan Kerajaan Sarawak meneruskan pelaksanaan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 9.0 melibatkan lima pakej bantuan berjumlah RM1 bilion.

Beliau berkata, sebagai kerajaan yang mendengar dan prihatin terhadap keluhan rakyat, Kerajaan Sarawak telah mengambil keputusan untuk menyambung pemberian bantuan (BKSS) bagi meringankan beban rakyat Sarawak yang terkesan akibat kenaikan kos sara hidup, terutama yang berpendapatan rendah. 

Empat langkah sedia ada dikekalkan dan tambahan satu langkah baharu diperkenalkan bagi tempoh enam bulan mulai Julai hingga Disember 2022.

Berikut 5 pakej BKSS 9.0:

Langkah Pertama: Diskaun bil eletrik

  • Inisiatif pemberian diskaun 5 peratus hingga 25 peratus ke atas bil eletrik bulanan kepada pengguna domestik, komersil dan industri termasuk pengusaha dan peruncit makanan yang memberi manfaat kepada 685,000 pemegang akaun di seluruh Sarawak.

Langkah Kedua: Diskaun bil air

  • Diskaun bil air 10 peratus hingga 25 peratus diteruskan dengan kos keseluruhan berjumlah RM35.25 juta akan dibiayai oleh Kerajaan Sarawak.

Langkah Ketiga: Diskaun 25 peratus dan 30 peratus untuk taksiran kadar cukai pintu tahunan

  • Diskaun 25 peratus untuk taksiran kadar cukai pintu tahunan melebihi RM400 dan diskaun 30 peratus untuk kadar cukai pintu tahunan RM400 dan ke bawah untuk premis kediaman, komersil , industri dan premis pegangan khas.

Langkah Keempat: Diskaun 50 peratus sewa pasar dan gerai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

  • Diskaun untuk penjaja diteruskan yang mana ia memberi manfaat kepada lebih daripada 10,000 penjaja berdaftar yang menyewa pasar dan kedai dengan PBT dan badan berkanun termasuk LCDA dan SEDC.

Langkah Kelima: Additional Construction Materials Under The Provisions For Variation of Price (VOP) 2.0

  • Bertujuan membantu meringankan beban kontraktor di Sarawak dengan kenaikan harga binaan. 

Continue Reading

Previous: Nafi tapi letak calon juga  
Next: Kempen Nancy santai, bersahaja

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.