Ribut petir, hujan lebat landa 12 negeri termasuk Sarawak hingga 4.00 petang

Facebook
WhatsApp

KUALA LUMPUR, 2 November: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda 12 negeri termasuk Sarawak serta ibu negara dan Putrajaya hingga 4.00 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan cuaca itu dijangka berlaku di Perlis, Kedah (Padang Terap, Sik, Baling, Langkawi, Kubang Pasu, Kulim, Bandar Baharu dan Kuala Muda) serta Perak (Batang Padang, Muallim, Kampar, Kinta, Kuala Kangsar, Hulu Perak, Selama, Perak Tengah, Hilir Perak dan Bagan Datuk).

Di Kelantan, ia melibatkan Kuala Krai, Terengganu (Kemaman dan Dungun), Pahang (Kuantan, Pulau Tioman, Pekan dan Jerantut) serta Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Kuala Langat dan Klang).

Cuaca sama juga diramal berlaku di Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Rembau, Jelebu dan Kuala Pilah), Melaka dan Johor (Pontian, Johor Bahru, Kulai, Kluang dan Kota Tinggi).

Selain itu, di Sarawak ia melibatkan Kuching, Samarahan, Betong (Pusa), Mukah (Matu, Daro, Dalat dan Mukah), Bintulu, Sibu, Sri Aman (Sri Aman, Lingga dan Pantu), Kapit (Song), Serian, Limbang, Sarikei (Maradong dan Julau), Miri (Subis, Miri dan Marudi).  

Sementara di Sabah, kawasan terjejas ialah Tawau, Sandakan (Labuk dan Sugut, Paitan, Kinabatangan dan Sandakan), Pedalaman (Sipitang, Beaufort, Membakut, Tambunan dan Pensiangan), Kudat dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud).   – Bernama