Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Ribut petir, hujan lebat dijangka landa hampir semua negeri hingga 6.00 petang
  • SEMASA

Ribut petir, hujan lebat dijangka landa hampir semua negeri hingga 6.00 petang

Utusan Sarawak 7 hours ago
RIBUT petir, hujan lebat dijangka landa hampir semua negeri hingga 6.00 petang. Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda hampir semua negeri di seluruh negara hingga 6.00 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan negeri di bahagian utara yang terjejas ialah Perlis dan Kedah melibatkan Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang dan Sik.

Bagi Perak kawasan yang terlibat ialah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Mualim.

Keadaan itu turut diramalkan berlaku di beberapa kawasan di pantai timur melibatkan  Kelantan (Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang), Terengganu (Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman) serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Bera dan Rompin).

Amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Petaling di Selangor serta seluruh Kuala Lumpur.

Di bahagian selatan pula melibatkan Negeri Sembilan (Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin), seluruh Melaka serta Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).

Sementara itu di Sabah, kawasan terlibat merangkumi bahagian Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Nabawan), Pantai Barat (Papar) dan Tawau (Kunak, Semporna dan Lahad Datu), manakala di Sarawak membabitkan Kuching (Bau dan Lundu), Sarikei (Julau dan Meradong), Sibu, Mukah, Kapit (Song), Bintulu (Bintulu dan Sebauh), Miri (Subis, Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Ekonomi global mencabar, kerajaan terus ambil langkah perlu hadapi ketidaktentuan – PM Anwar
Next: Amaran ribut petir, hujan lebat di semua negeri kecuali Terengganu hingga 9.00 malam ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.