Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Ribut petir, hujan lebat dijangka landa beberapa negeri hingga 7.00 malam
  • SEMASA

Ribut petir, hujan lebat dijangka landa beberapa negeri hingga 7.00 malam

Utusan Sarawak 3 hours ago
RIBUT petir, hujan lebat dijangka landa beberapa negeri hingga 7.00 malam. Foto hiasan.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan Wilayah Persekutuan Putrajaya serta 11 negeri hingga 7.00 malam ini.

Menurut kenyataan MetMalaysia, keadaan cuaca buruk itu dijangka melanda Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Perak yang melibatkan Kerian serta Larut, Matang dan Selama.

Di Terengganu, kawasan yang terlibat ialah Dungun dan Kemaman, manakala di Pahang membabitkan Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

Amaran sama turut dikeluarkan di Selangor melibatkan Hulu Langat dan Sepang, sementara Johor membabitkan kawasan Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Menurut Met Malaysia amaran sama dikeluarkan bagi beberapa kawasan di Sarawak melibatkan Sibu, Mukah (Matu dan Dalat), Kapit, Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

Di Sabah, kawasan dijangka dilanda cuaca buruk itu ialah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Nabawan) dan Pantai Barat (Papar, Putatan dan Penampang). – Bernama

Continue Reading

Previous: Abdul Karim lihat kemungkinan PRU lebih awal, cadang PRN Sarawak diadakan serentak
Next: DUN: Perang Asia Barat punca kos rumah meningkat di Sarawak – Dr Sim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.