Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Perang Asia Barat punca kos rumah meningkat di Sarawak – Dr Sim
  • SEMASA

DUN: Perang Asia Barat punca kos rumah meningkat di Sarawak – Dr Sim

Utusan Sarawak 3 hours ago
DATUK Amar Dr Sim Kui Hian ketika ucapan penggulungan Kementerian  Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Krisis perang di Asia Barat yang memberi kesan kepada harga bahan api dan kos logistik global dikenal pasti antara faktor utama peningkatan kos pembangunan perumahan di Sarawak ketika ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, keadaan itu memberi cabaran besar kepada pemaju untuk meneruskan projek perumahan terutama melibatkan rumah mampu milik dan pembeli rumah pertama.

Beliau yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, kenaikan harga minyak dan tenaga akibat konflik semasa menyebabkan kos pengangkutan bahan binaan seperti simen, besi dan agregat meningkat sekali gus memberi tekanan kepada industri pembinaan.

“Kementerian mendapati kadar kelulusan projek perumahan ketika ini terjejas bukan kerana kurang permintaan, tetapi disebabkan faktor ketidakstabilan global yang dipacu krisis perang Asia Barat.

“Kenaikan harga bahan api dan tenaga meningkatkan kos pengangkutan bahan binaan sekali gus menyebabkan kos pembangunan perumahan bertambah,” katanya dalam ucapan penggulungan Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjelaskan perkembangan projek dan inisiatif perumahan di bawah kementerianjya.

Dalam masa sama, Dr Sim berkata kerajaan Sarawak terus memperkukuh agenda perumahan mampu milik menerusi pelbagai skim bantuan termasuk Dana Amanah Sumbangan Perumahan Sarawak yang diwujudkan sebagai mekanisme kewangan mampan bagi menyokong pembangunan rumah mampu milik di seluruh negeri.

Menurutnya, sehingga 30 April lalu, dana tersebut berjaya mengumpul RM5.68 juta.

Beliau berkata, kerajaan negeri komited mencapai sasaran membina 20,000 rumah mampu milik menjelang 2030.

Di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) menerima siling RM105 juta bagi pelaksanaan 12 projek melibatkan 1,052 unit rumah mampu milik di beberapa bahagian termasuk Kuching, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri, Limbang dan Lawas.

Selain itu, kerajaan negeri turut memperluas Skim Bantuan Sewa Rumah Sarawak (SRAS) dengan menaikkan had kelayakan pendapatan isi rumah kasar daripada RM4,556 kepada RM5,504 selain memanjangkan tempoh bantuan maksimum daripada tiga tahun kepada empat tahun.

Dr Sim berkata, skim itu juga akan diperluaskan ke Serian, Siburan, Sri Aman, Betong dan Mukah tahun ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa sejak 2021 hingga April 2026, sebanyak 7,302 permohonan SRAS telah diluluskan melibatkan peruntukan RM35.36 juta.

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan negeri juga terus memantau projek perumahan bermasalah di Sarawak dengan hanya sekitar 4.5 peratus daripada keseluruhan projek berlesen dikenal pasti sebagai projek bermasalah setakat ini.

Dr Sim berkata, daripada 59 projek bermasalah dikenal pasti, 22 projek berjaya disiapkan menerusi campur tangan kementerian manakala beberapa lagi sedang dipulihkan.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: Ribut petir, hujan lebat dijangka landa beberapa negeri hingga 7.00 malam
Next: DUN: PRU mungkin lebih awal daripada PRN Sarawak – Dr Sim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.