Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Ribuan penumpang terjejas akibat kabus di Gatwick untuk hari keempat
  • GLOBAL

Ribuan penumpang terjejas akibat kabus di Gatwick untuk hari keempat

Utusan Sarawak 4 months ago

Lebih 20 penerbangan yang dirancang untuk lapangan terbang West Sussex pada hari ini telah dibatalkan

LONDON: Sekatan penerbangan masih dikuatkuasakan di Lapangan Terbang Gatwick, London, untuk hari keempat berturut-turut akibat kabus, menjejaskan rancangan perjalanan ribuan penumpang.

Lebih daripada 20 penerbangan yang dijadualkan di lapangan terbang di West Sussex itu pada Isnin telah dibatalkan lebih awal dan penumpang telah diberi amaran mengenai kemungkinan kelewatan sepanjang hari.

Gangguan penerbangan di lapangan terbang kedua tersibuk di United Kingdom itu telah bermula sejak Jumaat disebabkan oleh keadaan kabus.

Jurucakap Gatwick berkata: “Sekatan sementara kawalan trafik udara telah dilaksanakan kerana kabus menyebabkan penglihatan yang lemah.

“Beberapa penerbangan mungkin mengalami kelewatan sepanjang hari.

“London Gatwick memohon maaf atas sebarang kesulitan.

“Penumpang dinasihatkan untuk menghubungi syarikat penerbangan mereka bagi mendapatkan maklumat lanjut.”

Penumpang bagi penerbangan yang ditangguhkan lebih daripada dua jam mungkin berhak mendapatkan bantuan, termasuk makanan dan minuman atau penginapan semalaman jika diperlukan.

— BERNAMA-PA MEDIA/dpa

Continue Reading

Previous: Nahas Jeju Air: ‘Ketika saya sedar, saya sudah diselamatkan’
Next: 141 daripada 179 mangsa nahas pesawat Jeju Air dikenal pasti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.