Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Remaja Tingkatan Dua pecah masuk rumah
  • JENAYAH

Remaja Tingkatan Dua pecah masuk rumah

Utusan Sarawak 2 months ago
TERIMA PADAH... Dua individu yang pecah masuk sebuah kediaman di Jalan Jambori ditangkap oleh pihak polis, hari ini.

KOTA SAMARAHAN: Seorang remaja berusia 14 tahun dan rakannya, 21 tahun dicekup selepas memecah masuk sebuah rumah di Jalan Jambori, awal pagi ini.

Ketua Polis Kota Samarahan, Superintenden Damataries Lautin memberitahu, penangkapan itu dilakukan susulan laporan yang diterima pada 8.15 pagi daripada seorang lelaki bernama Sim, yang melaporkan bahawa rumahnya telah dimasuki perompak.

“Pasukan peronda bersama-sama seorang pegawai polis dan dua anggota bertindak segera dan tiba di lokasi kejadian, yang mana suspek masih berada di dalam rumah berkenaan,” katanya.

Hasil pemeriksaan mendapati tiada bahan terlarang dijumpai pada suspek.

Kedua-dua individu itu mengaku memecah masuk rumah berkenaan melalui tingkap.

Sebuah Motosikal GPX Demon GR200B berwarna hitam yang dipercayai milik suspek, turut ditemui ditinggalkan berhampiran tempat kejadian.

Suspek yang berasal dari Lundu dan Batu Kitang kini ditahan bagi siasatan lanjut.

Orang ramai diminta supaya sentiasa berwaspada dan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak polis.

OLEH CONNIE CHIENG

Continue Reading

Previous: Kanabis, pelbagai barangan bernilai RM1.72 juta dirampas
Next: Kuching Police Chief confirms arrest two detainees escape from Kuching Court

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.