Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Remaja lelaki selamatkan diri daripada diculik
  • JENAYAH

Remaja lelaki selamatkan diri daripada diculik

Utusan Sarawak 3 weeks ago
GAMBAR hiasan

SHAH ALAM: Seorang remaja lelaki berjaya menyelamatkan diri dalam cubaan culik di Seksyen 13, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata kejadian kira-kira 5.15 petang itu bagaimanapun menyebabkan remaja itu cedera pada bahagian muka dan lengan akibat pergelutan dengan suspek.

“Mangsa sedang berjoging seorang diri di kawasan berkenaan sebelum didatangi sebuah kereta dinaiki dua lelaki.

“Seorang daripada suspek kemudian turun dari kereta lalu mengacukan pisau dan mengarahkan mangsa masuk ke dalam kereta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa enggan memasuki kereta dan bergelut dengan suspek terbabit sebelum berjaya melarikan diri ke pondok pengawal kondominium berdekatan untuk mendapatkan bantuan.

Mohd Iqbal berkata remaja itu dibawa ke hospital manakala kes sedang disiasat mengikut Seksyen 363/511 dan 324 Kanun Keseksaan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohamad Sabri Abd Rani menerusi talian 017-2892628 untuk membantu siasatan.– Bernama

Continue Reading

Previous: Azam Baki mahu usaha perangi rasuah dapat sokongan
Next: Empat termasuk seorang Datuk Seri ditahan kemuka tuntutan palsu RM360 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.