Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Remaja lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Tapis di Bintangor
  • JENAYAH

Remaja lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Tapis di Bintangor

Utusan Sarawak 4 hours ago
PENAGIH dadah ditahan oleh pihak polis dalam Ops Tapis, semalam. Foto IPD Meradong

BINTANGOR: Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun ditahan polis selepas disyaki terlibat dengan kegiatan penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering berkata, suspek ditahan kira-kira 3.20 petang semalam ketika sepasukan Pasukan Petugas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong menjalankan Ops Tapis.

Katanya, suspek kemudiannya dibawa ke IPD Meradong untuk tindakan lanjut.

“Saringan ujian air kencing terhadap suspek di pejabat BSJND Meradong mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Bedasarkan semakan rekod lampau, dapati suspek tiada mempunyai sebarang rekod jenayah atau dadah,” katanya dalam satu kenyataan media, malam tadi.

Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

“Pihak polis IPD Meradong memandang serius kesalahan dadah dalam kalangan masyarakat dan tidak berkompromi dengan masalah tersebut.

“Saya menggesa supaya masyarakat menyalurkan maklumat kepada pihak kami berkaitan kegiatan dadah di Daerah Meradong,” katanya.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan dadah boleh menghubungi Balai Polis Bintangor di talian 084-693222 bagi membantu pihak polis membanteras gejala tersebut demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan masyarakat setempat.

Oleh Earl Anek

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Dua lelaki ditahan, seorang miliki syabu dalam serbuan di Bau
Next: Penganggur positif dadah ditahan di Kampung Jebungan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.