Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Remaja hilang ditemui semula dengan selamat
  • Selatan
  • WILAYAH

Remaja hilang ditemui semula dengan selamat

Utusan Sarawak 6 months ago

JUMPA SEMULA...Agnes Skimol, 15, dari Rumah Panjang Putat, Sri Aman yang dilaporkan hilang sejak 9 November lepas sudah dijumpai semula dalam keadaan selamat.

SIMANGGANG: Seorang remaja wanita yang dipercayai hilang sejak 9 November lepas sudah dijumpai semula.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Mathew Manggie, ketika mengesahkan perkara itu berkata, remaja wanita yang sudah dijumpai semula itu dikenali sebagai Agnes Skimol, 15 tahun.

“Remaja wanita terbabit dipercayai hilang setelah keluar rumah sekitar jam 10 pagi pada 9 November dan dilaporkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman pada 12 November.

“Bagaimanapun, remaja wanita terbabit telah pun kembali semula ke rumahnya pada 13 November dalam keadaan selamat,” katanya.

Beliau berkata remaja itu telah keluar dari rumah dengan kerelaan hati tanpa menerima paksaan daripada mana-mana pihak.

“Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya IPD Sri Aman mengucapkan terima kasih kepada orang ramai kerana memberi maklumat berhubung kes terbabit dan komitmen positif yang ditunjukkan oleh mereka terhadap pihak kami.

“Bagaimanapun, PDRM menasihatkan ibu bapa agar lebih peka dan prihatin terhadap anak-anak dengan bertindak mengawasi pergerakan serta pergaulan mereka terutama sekali golongan remaja,” katanya.

Oleh VALENTINE NGUMBANG

Continue Reading

Previous: Warga emas ditemui selamat tapi lemah setelah hilang tiga hari
Next: DUN: Kerajaan diminta siasat, bantu peserta ladang sawit Felcra rugi setiap tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.