Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Remaja 17 tahun antara lima ditahan dalam serbuan judi holo di Limbang
  • JENAYAH

Remaja 17 tahun antara lima ditahan dalam serbuan judi holo di Limbang

Utusan Sarawak 8 hours ago
SERBU PERJUDIAN..Polis menyerbu kawasan dijadikan pusat judi holo di kawasan Batu Danau.

LIMBANG: Seorang remaja berusia 17 tahun antara lima individu yang ditahan polis dalam satu serbuan perjudian holo di Kampung Batu Danau, di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Parum Niot berkata, semua suspek berusia antara 17 hingga 51 tahun itu ditahan dalam operasi pada 12.30 tengah malam.

“Dalam serbuan itu, polis turut merampas peralatan permainan judi serta wang tunai berjumlah RM8,814. Kesemua tangkapan ditahan selama satu malam sebelum dibebaskan dengan jaminan polis selepas proses dokumentasi bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Dalam operasi berasingan, katanya, lapan lelaki tempatan berusia antara 33 hingga 70 tahun turut ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti sabung ayam di kawasan tanah lapang Kampung Semena, Nanga Medamit dalam Ops Dadu baru-baru ini.

Beliau berkata, polis turut merampas peralatan sabung ayam serta beberapa ekor ayam dalam operasi berkenaan.

“Kesemua tangkapan turut ditahan satu malam sebelum dibebaskan dengan jaminan polis selepas proses dokumentasi selesai. Kes disiasat di bawah Seksyen 73(1)(g) Ordinan Veterinar Kesihatan Awam 1999,” katanya.

Parum turut menasihatkan orang ramai agar tidak terlibat dalam sebarang aktiviti perjudian atau kegiatan haram yang melanggar undang-undang.

Beliau dalam masa sama menggesa orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti jenayah dengan menghubungi Bahagian Siasatan Jenayah IPD Limbang di talian 085-211466 atau terus ke mana-mana balai polis berhampiran.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Padah bawa syabu, dua lelaki ditahan polis di Engkilili

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.