Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Regata: Pasukan Azizul FT Buraq, Unimas Teguh Bersama juara
  • TEMPATAN

Regata: Pasukan Azizul FT Buraq, Unimas Teguh Bersama juara

Utusan Sarawak 7 months ago

Pasukan Unimas Teguh Bersama dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) muncul sebagai juara dalam kategori Kenyalang 20 Pekayuh Lelaki (IPTA/IPTS). 

KUCHING: Pasukan Azizul FT Buraq muncul sebagai juara dalam kategori Kenyalang 20 Pekayuh Campuran pada Regata 2024 yang berlangsung di Tebingan Kuching di sini, hari ini.

Perlumbaan peringkat akhir ini menyaksikan pasukan bimbingan Nusi Ismail itu membawa pulang RM5,000 beserta piala iringan.

Naib johan pula disandang oleh Bujang Sigat yang membawa pulang RM2,500 beserta piala iringan, manakala tempat ketiga dimenangi Asaroz Terawan Mulu yang menerima RM2,000 dan piala iringan.

Dalam pada itu, pasukan Unimas Teguh Bersama dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) berjaya membawa pulang RM5,000 beserta piala iringan selepas muncul sebagai juara dalam kategori Kenyalang 20 Pekayuh Lelaki (IPTA/IPTS). 

Pasukan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak muncul sebagai naib juara dan membawa pulang RM2,500 beserta piala iringan, manakala satu lagi pasukan dari UNIMAS, iaitu Unimas Gemilang, mendapat tempat ketiga dengan hadiah RM2,000 serta piala iringan.

Ribuan penduduk Kuching tidak melepaskan peluang menyaksikan aksi Regata 2024 di sepanjang Tebingan Kuching sambil memberi sorakan kepada para peserta yang bertanding.

Hari terakhir Regata 2024 esok akan menyaksikan peserta bersaing merebut gelaran ‘Raja Sungai’ dalam kategori Perahu Bidar 30 Pekayuh, yang dijadualkan berlangsung pada 3.30 petang.

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijangka hadir bagi menyaksikan acara tersebut. 

Oleh Mohd Neenatul Aizal

Continue Reading

Previous: 560 pokok benih kelapa pandan ditanam untuk projek perintis di Sebuyau
Next: Dua hari di laut, lima pemancing, tiga kru ditemukan selamat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.