Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Rebut peluang mohon EFS
  • WILAYAH

Rebut peluang mohon EFS

Utusan Sarawak 2 months ago
AMBIL BERAT… Dato Sri Fatimah Abdullah menyerahkan inisiatif EFS dan BIB kepada ibu baharu di Hospital Miri, hari ini.

MIRI: Kerajaan Sarawak melantik Affin Bank BerhadĀ untuk menguruskan Kumpulan Wang Wakaf Sarawak (EFS) 2.0 bermula 1 Januari lepas.

Bagi kelahiran bayi sehingga 31 Disember 2024 diuruskan oleh Bank Islam Malaysia Berhad.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata demikian selepas menyerahkan inisiatif EFS dan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) kepada ibu baharu di Hospital Miri, hari ini.

“Pemohon boleh memohon EFS di mana-mana 49 cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh Sarawak sekarang.

“Manakala, bagi pemohon berada di luar Sarawak, permohonan boleh dibuat dengan mengeposkan semua dokumen yang diperlukan ke Bahagian Kelahiran, Kematian & Anak Angkat, Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Sarawak,” katanya.

EFS merupakan antara usaha Kerajaan Negeri Sarawak memberi satu bentuk simpanan sebanyak RM1,000  kepada setiap kelahiran anak Sarawak bermula pada 2019, tanpa mengira bangsa, agama atau status sosio-ekonomi.

Dana ini bertujuan membantu kanak-kanak dalam pendidikan tinggi, permulaan kerjaya atau usaha kecil mereka pada masa hadapan.

OLEH LIONG CHAI LING

Continue Reading

Previous: Dua beradik dikhuatiri lemas
Next: Ziarah Ramadan beri keceriaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.