Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Real Madrid, United kekal paling berharga
  • SUKAN

Real Madrid, United kekal paling berharga

Utusan Sarawak 5 years ago
PEMAIN Real Madrid, Karim Benzema (kanan) menanduk bola menewaskan pemain Barcelona, Samuel Umtiti semasa perlawanan La Liga Sepanyol pada 2 Mac lalu. – Foto AFP

REAL Madrid dan Manchester United kekal sebagai dua kelab bola sepak paling berharga di Eropah, menurut laporan yang dikeluarkan semalam oleh firma akauntan KPMG.

Gergasi La Liga Sepanyol, Real mendahului senarai 32 pasukan paling berharga di Eropah sejak 1 Januari dengan KPMG menganggarkan nilai juara Eropah 13 kali itu hampir 3.5 bilion euro dengan United di tempat kedua pada 3.342 bilion euro.

Barcelona memintas Bayern Munich ke tempat ketiga dengan harga 3,193 bilion euro mengikut formula nilai perusahaan (EV) KPMG yang mengambil kira keuntungan, populariti, potensi sukan, hak TV dan pemilikan stadium.

Laporan itu berkata, EV Madrid meningkat sebanyak lapan peratus pada tahun lalu berbanding empat peratus untuk United dengan KPMG berkata bahawa Real telah meningkatkan pendapatan komersial sebanyak 41 peratus sejak 2016.

Ini ditambah dengan tiga gelaran Liga Juara-Juara yang dimenangi pada masa itu merupakan sebab utama Real menduduki tempat teratas sementara persembahan kuat United muncul walaupun prestasi mereka di atas padang.

Lima liga teratas Liga Perdana Inggeris, La Liga Sepanyol, Bundesliga, Jerman, Serie A Itali dan Ligue 1 Perancis mendominasi senarai dengan 27 kelab. England mendominasi dengan sembilan kelab, enam daripadanya berada di 10 tangga teratas.

Namun untuk pertama kalinya sejak kajian ini dilakukan pada 2016 tidak ada pasukan dari Itali yang berada di posisi 10 teratas dengan juara Serie A, Juventus turun ke tangga ke-11.

Sementara itu, bekas gergasi AC Milan adalah satu-satunya kelab daripada 32 kelab yang digugurkan oleh EV antara 2016 dan 2020.

Laporan ini juga menggariskan secara meluas kelab yang dilanda masalah kewangan setelah wabak Covid-19, menggariskan pendapatan telah berubah kepada penjualan tiket dan masalah dengan pembayaran hak TV sementara kos operasi seperti gaji pemain tidak turun ke tahap yang sama.

Bola sepak perlahan-lahan kembali semula di Eropah dengan Bundesliga telah kembali dan Liga Perdana, La Liga dan Serie A disambung semula pada Jun nanti. – AFP

Continue Reading

Previous: Rahman berminat terajui PBBS
Next: Menanti berakhir kemarau 30 tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.