IPU Sri Aman, Kanowit melebihi 100 malam ini

Facebook
WhatsApp
SRI AMAN merekodkan IPU tertinggi di Sarawak dengan bacaan 122, diikuti Kanowit 116, setakat 9.00 malam.

KUCHING: Sri Aman dan Kanowit merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 9.00 malam ini, masing-masing dengan bacaan 122 dan 116.

Berdasarkan data pemantauan kualiti udara Sarawak, Sri Aman merekodkan bacaan tertinggi di negeri ini, diikuti Kanowit, manakala 18 kawasan lain berada pada tahap sederhana.

Antara bacaan sederhana tertinggi ialah Serian dengan IPU 97, Samarahan 93, Lubok Antu 92 dan Betong 90.

Belaga pula merekodkan bacaan 88, Kuching 87, Tebedu 85, Kapit 76, Sibu 75, Bintulu 73, Sarikei dan Lundu masing-masing 68, Mukah 66 serta Samalaju 64.

Miri merekodkan IPU 55, manakala ILP Miri dan Limbang masing-masing mencatat 52 dan 51.

Dua kawasan masih merekodkan kualiti udara pada tahap baik iaitu Lawas dengan IPU 44 dan Bario 30.

Tiada kawasan merekodkan IPU pada tahap sangat tidak sihat atau lebih buruk setakat 9.00 malam.