Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ratu Kebaya Kreatif Pesta Meradong milik Ivy Olivia Roy
  • Tengah
  • WILAYAH

Ratu Kebaya Kreatif Pesta Meradong milik Ivy Olivia Roy

Utusan Sarawak 5 months ago
TAHNIAH… Ratu Kebaya Kreatif Pesta Meradong 2024, Ivy Olivia (duduk tengah), diapit oleh Jatitup Nyambar (kiri) dan Rosiah Arbi (kanan). Turut kelihatan dalam gambar, ADUN Meradong Datuk Ding Koung Hiing.

BINTANGOR: Ivy Olivia Roy telah dinobatkan sebagai Ratu Kebaya Kreatif Pesta Meradong 2024, malam tadi.

Bergelar juara, Ivy yang berasal dari Sarikei berjaya membawa pulang wang berjumlah RM2,000, selempang, tiara, piala dan sejambak bunga.

Naib juara dimenangi oleh Jatitup Nyambar yang berasal dari Kanowit dan berjaya membawa pulang wang berjumlah RM1,500, selempang, tiara, piala serta sejambak bunga.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh Rosiah Arbi dari Bintangor dan berjaya membawa pulang wang berjumlah RM1,000, selempang, tiara, piala serta sejambak bunga.

Bagi lima pemenang saguhati pula, masing-masing menerima wang berjumlah RM300 dan sejambak bunga.

Turut dipertandingkan adalah kategori anugerah khas iaitu anugerah popular dan anugerah fotogenik.

Kategori anugerah popular dimenangi oleh Nur Syafiqah Mohd Ali dan berjaya membawa pulang wang sebanyak RM300, selempang dan sejambak bunga.

Sementara itu, anugerah fotogenik dimenangi oleh Alia Natasha dan juga berjaya membawa pulang wang sebanyak RM300, selempang serta sejambak bunga.

Hadir bagi menyerahkan hadiah kepada semua pemenang ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Koung Hiing. 

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Program kesihatan anjuran SDNU untuk semai gaya hidup sihat
Next: Penduduk di kawasan berisiko banjir dinasihat peka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.