Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • ‘Rasa gegaran selama 3 hingga 5 minit’
  • GLOBAL

‘Rasa gegaran selama 3 hingga 5 minit’

Utusan Sarawak 2 months ago

Bangunan runtuh di Mandalay, tengah Myanmar yang terjejas teruk akibat gempa bumi.

HANOI: Penduduk di ibu kota Vietnam, Hanoi, Ho Chi Minh City, dan beberapa kawasan lain terutama penghuni bangunan tinggi merasai gegaran ringan susulan gempa bumi yang berlaku di Myanmar pada Jumaat, lapor Xinhua memetik Agensi Berita Vietnam (VNA).

Penduduk di beberapa kawasan di Hanoi seperti daerah Hoang Mai, Thanh Xuan, Ha Dong dan Thanh Tri berkata, mereka merasai gegaran selama 3 hingga 5 minit, menurut laporan media tempatan.

Di Ho Chi Minh City, penghuni bangunan tinggi melaporkan apartmen mereka bergegar seketika dan terpaksa keluar beramai-ramai, menurut akhbar tempatan Tuoi Tre (Youth).

Sementara itu di Laos, gegaran dirasai di beberapa bandar dengan tiada laporan kematian setakat ini.

Gegaran dilaporkan di utara dan tengah Laos serta ibu kota Vientiane, menurut laporan dari Pusat Data Maklumat Gempa Bumi Kebangsaan Laos.

Pihak berkuasa mengingatkan penduduk agar terus berwaspada dan bersedia menghadapi kemungkinan gegaran susulan.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: 3 maut, puluhan hilang selepas bangunan runtuh akibat gempa bumi di Bangkok
Next: 144 terbunuh, 732 cedera dalam gempa bumi 7.7 magnitud di Myanmar – kerajaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.