Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia – Bahrain sedang dibincang
  • SEMASA

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia – Bahrain sedang dibincang

Utusan Sarawak 3 months ago

MANAMA (BAHRAIN): Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rancangan untuk mengembalikan penerbangan terus antara Malaysia dan Bahrain sedang dibincang.

Beliau berkata perkara berkenaan antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya di sini.

“Potensi di sini ada, nanti kita (Malaysia) minta Gulf Air supaya ada penerbangan terus… memang Putera Mahkota sebut, minta kita beri perhatian supaya ada perhubungan pesawat lebih kerap.

“Sama ada MAS atau syarikat penerbangan lain, ini kita sedang perhatikan,” kata beliau dalam sesi soal jawab semasa pertemuan dengan diaspora Malaysia pada majlis makan malam.

Anwar tiba di sini awal pagi semalam bagi mengadakan lawatan rasmi pertama beliau sebagai Perdana Menteri ke negara Teluk itu atas jemputan Putera Mahkota.

Sebanyak 297 rakyat Malaysia tinggal di Bahrain, termasuk tiga pelajar yang sedang melanjutkan pengajian tinggi.

Perdana Menteri berkata Putera Mahkota turut memberi bayangan bersetuju untuk melawat Kuala Lumpur pada Mei depan bagi Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC+China selepas beliau menyampaikan undangan pada kunjungan hormat itu.

“PM Bahrain (Putera Mahkota) beritahu saya kemungkinan besar akan ke KL (Kuala Lumpur) Mei ini untuk ASEAN-GCC, jadi GCC keseluruhannya itu merupakan kawasan penting untuk Malaysia dan ASEAN.

“Insya-Allah kita akan tingkatkan kerjasama dalam semua bidang, pendidikan, AI (kecerdasan buatan), pelancongan, ekonomi, pelaburan, kewangan, perbankan Islam, halal,“ kata Anwar. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia
Next: Sarawak teroka strategi perancangan bandar Oslo untuk pembangunan Kapit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.