Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Rancakkan lagi sosioekonomi Sarawak
  • TEMPATAN

Rancakkan lagi sosioekonomi Sarawak

Utusan Sarawak 3 years ago

PEMBUKAAN DUN… Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Speaker Sarawak DUN Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohmad Asfia Awang Nassar bersama 82 Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak pada hari Pertama Pembukaan Persidangan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-19. • Foto PENERANGAN

KUCHING: Pemindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan akan merancakkan lagi peluang sosioekonomi di Sarawak.

Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, untuk tujuan itu, Sarawak Energy Berhad (SEB) telah mengorak langkah ke hadapan dengan membangunkan sambungan kuasa rentas sempadan ke Kalimantan Barat.

“SEB juga bekerjasama dengan syarikat Indonesia untuk membangunkan projek hidroelektrik di Kalimantan Utara. Kedua-dua projek ini akan melengkapkan grid kuasa ASEAN.

“Saya berharap sektor swasta diluar sana bersedia dan bersama-sama merebut dan memanfaatkan peluang perdagangan ekonomi ini nanti,” katanya semasa berucap sempena Pembukaan Persidangan Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Selasa

Dalam pada itu, Tun Taib menggesa Kerajaan Persekutuan bekerjasama dengan Kerajaan Sarawak bagi mengukuhkan keselamatan sempadan negara.

“Oleh itu, saya menggesa Kerajaan Persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Kerajaan Sarawak bagi memperkukuhkan keselamatan sempadan kita dan memperhebatkan mekanisme pemantauan dan penguatkuasaan rentas sempadan kita.

“Ini akan memastikan keselamatan sempadan kita tidak akan terancam di dalam usaha untuk menjadikan Sarawak sebuah negeri maju,” ujarnya.

Continue Reading

Previous: Hari Wesak disambut sederhana di Batu Niah
Next: Takrifan Kanun Tanah untuk manfaat Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.