Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Ramai pelajar terdedah penyakit kardiovaskular akibat gaya hidup yang tidak sihat – Gerawat
  • KESIHATAN

Ramai pelajar terdedah penyakit kardiovaskular akibat gaya hidup yang tidak sihat – Gerawat

Utusan Sarawak 5 hours ago
GIMIK…Anderson Jawi Isa bagi mewakili Datuk Gerawat Gala menyempurnakan perasmian Kejohanan Sukan Tahunan SMK Marudi di Komplek Sukan Marudi. Foto Jiku Juguon

MARUDI: Kejohanan sukan merupakan wadah unuk memupuk budaya bersukan dalam kalangan pelajar di mana pendedahan ini perlu berterusan dan dilaksanakan secara sistematik.

Analoginya, anak-anak yang terlibat dalam sukan merupakan permata yang perlu digilap sehingga menyinari persada sukan negara.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala berkata pada zaman sekarang ramai pelajar terdedah penyakit kardiovaskular akibat gaya hidup yang tidak aktif.

“Oleh itu jelasnya sukan merupakan platform penting dalam menjaga kesihatan dan kecergasan,” katanya.

Beliau berkata demikian melalui teks ucapan yang dibacakan Yang Dipertua PIBG SMK Marudi Anderson Jawi Isa pada perasmian Kejohanan Sukan Tahunan SMK Marudi Kali Ke-62 Tahun 2026 yang diadakan di Kompleks Sukan Marudi hari ini.

Menurut beliau aktiviti sukan yang konsisten mampu menghindarkan risiko penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan obesiti.

“Badan yang sihat akan melahirkan otak yang cerdas dan inilah asas kepada kejayaan akademik,’ katanya.

ANDERSON menyalakan obor kejohanan sukan tahunan SMK Marudi kali ke-62. Foto Jiku Juguong

Dalam pada itu Gerawat yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu berkata temasya sukan sekolah dianjurkan setiap tahun bukan sahaja untuk mencungkil bakat malah untuk melonjakkan semangat kesukanan anak-anak yang akan menjadi tulang belakang kepada negara.

Beliau berkata semangat juang yang dipupuk di padang sukan perlu diterapkan dalam akademik, seperti seorang pelari yang terus berlari walaupun keletihan.

“Begitu juga seorang pelajar harus terus berusaha walau menghadapi cabaran dalam pelajaran,’ tambah Gerawat.

Dalam pada itu Gerawat juga menegaskan, suasana sukan seperti ini merupakan platform perpaduan yang mana ia menyatukan pelajar, guru dan ibu bapa tanpa mengira bangsa, agama atau latar belakang.

Tegasnya semangat kesukanan menjadi tali pengikat yang mengeratkan ukhwah dan membina perpaduan di sekolah dan masyarakat.

Oleh itu ujarnya temasya sukan sekolah juga menjadi wadah untuk menerapkan perpaduan dalam kalangan pelajar demi keharmonian sejagat, khususnya di bumi Sarawak yang berbilang kaum dan budaya.

Tambahnya perpaduan yang dipupuk sejak di bangku sekolah akan menjadi asas kukuh untuk kita memelihara keharmonian masyarakat, memastikan generasi muda membesar dengan nilai saling menghormati dan bekerjasama.

“Kekentalan semangat juang dan lonjakan tahap disiplin yang timnggi akan diterjemahkan dalam pembelajaran untuk memperoleh keputusan peperiksaan yang memberangsangkan,” tambah beliau.

Oleh Jiku Juguong

Continue Reading

Previous: Sistem hologram: KKM nafi dakwaan gagal, tegaskan mekanisme berfungsi dengan baik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.