Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ramah Tamah Aidilfitri 2025 himpunkan komuniti setempat, eratkan silaturahim
  • Tengah
  • WILAYAH

Ramah Tamah Aidilfitri 2025 himpunkan komuniti setempat, eratkan silaturahim

Utusan Sarawak 1 month ago
UNTUK ALBUM… Datuk Len Talif Salleh bergambar bersama tetamu pada majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2025, di Dewan IKS, semalam. Foto FB Datuk Len Talif Salleh

TANJUNG MANIS: Suasana Aidilfitri di kawasan Kuala Rajang terus disemarakkan dengan penganjuran majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2025 yang berjaya menghimpunkan komuniti setempat dalam suasana penuh kemesraan dan keharmonian.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang, Datuk Len Talif Salleh bersama isteri, Datin Asiah Awai, hadir menyantuni masyarakat dalam majlis tersebut di Dewan Kompleks Industri Perabot PUSAKA (IKS) Tanjung Manis, petang semalam.

Katanya, majlis bertujuan mengeratkan silaturahim dalam suasana penuh kedamaian dan keindahan kampung.

MERIAH… Datuk Len Talif Salleh menjamu selera bersama tetamu yang hadir pada petang semalam. Foto FB Datuk Len Talif Salleh

“Saya bersama isteri, Datin Asiah Awai, menyantuni masyarakat Bandar Baru Tanjung Manis dalam majlis ramah tamah Aidilfitri 2025 siri pertama yang diadakan di Dewan Kompleks Industri Perabot PUSAKA (IKS) Tanjung Manis petang tadi,” katanya dalam satu hantaran di media rasmi Facebook beliau.

Len Talif berkata, kehadiran masyarakat setempat serta tetamu dari kawasan sekitar menambah seri majlis yang diadakan pada hari kelima Syawal itu.

Turut diadakan persembahan nyanyian oleh penyanyi tempatan, cabutan bertuah dan penyampaian duit raya.

Pada sebelah malam, beliau dan isteri menghadiri majlis yang serupa di Dewan Masyarakat Kampung Jerijeh.

Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh harmoni itu menyajikan pelbagai juadah tradisional yang menggamit nostalgia Aidilfitri, selain menjadi platform merapatkan hubungan dalam kalangan penduduk pelbagai lapisan usia.
Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ular sawa batik ceroboh rumah berjaya ditangkap
Next: Ular sawa ‘bersantai’ di kedai kek ditangkap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.