Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Rakyat disaran patuhi PKP
  • TEMPATAN

Rakyat disaran patuhi PKP

Utusan Sarawak 5 years ago

LIONG CHAI LING

MIRI: Menteri Pengangkutan Datuk Lee Kim Shin meminta orang ramai akur dengan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tidak membenarkan orang ramai untuk keluar rumah selepas jam 7 malam kecuali mempunyai tanggungjawab dan tugasan berkaitan keperluan yang dibenarkan.

Katanya, sekiranya mereka perlu untuk keluar selepas waktu tersebut atas tanggungjawab keperluan, mereka diwajibkan mengemukakan Permohonan Kelulusan Pergerakan kepada Residen Bahagian Miri untuk mendapatkan permit.

Katanya, permit tersebut telah dikeluarkan bermula semalam di Kompleks Islam Sarawak Miri bermula jam 9 pagi hingga 4 petang dan permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen sokongan seperti surat majikan dan melengkapkan borang yang disediakan.

“Selain itu, majikan juga adalah dibenarkan mengemukakan permohonan secara pukal bagi kakitangan seliaan dengan syarat borang lengkap,” katanya pada Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri di sini.

Mesyuarat tersebut diadakan bertujuan menyelaras dan membincangkan pematuhan PKP berhubung Covid -19 bersama Sarawak Shell Berhad dan PETRONAS Wilayah Sarawak Miri.

Ia juga diadakan bagi mendapatkan maklumbalas terkini daripada agensi berkaitan. Miri mencatatkan jumlah kes PUI Covid -19 sebanyak 103 manakala jumlah kes positif Covid-19 adalah sebanyak 16 kes (termasuk Limbang (4 kes) dan Lawas (1 kes).

Continue Reading

Previous: Guna bayaran secara digital ketika Covid-19
Next: Tiga pusat kuarantin dibuka di Lawas, Limbang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.