Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Rakyat digesa kibarkan bendera S’wak
  • TEMPATAN

Rakyat digesa kibarkan bendera S’wak

Utusan Sarawak 5 years ago
TUNJUK… Menteri Pengangkutan, Datuk Lee Kim Shin (tengah) bersama yang lain menunjukkan poster mengenai program Hari Sarawak yang akan diadakan di Miri pada 22 Julai ini.

MIRI : Semua rakyat Sarawak tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama digesa untuk mengibarkan bendera Sarawak di rumah atau bangunan pejabat dan perniagaan mereka sempena sambutan Hari Sarawak pada 22 Julai ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Lee Kim Shin, berkata tarikh 22 Julai ini amat bermakna bagi mengingati  Hari Sarawak  mula  dibebaskan  daripada cengkaman  penjajah  Koloni  Bristish pada 1963.

Katanya,ketika itulah bendera Union Jack diturunkan dan Kabinet Negeri dibentuk yang menyaksikan Tan Sri Stephen Kalong Ningkan dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak pertama.

 “Justeru, saya ingin menyeru orang  ramai mengibarkan bendera Sarawak  sebagai simbol kemegahan  dan kebanggaan kita  terhadap  negeri  Sarawak,” katanya pada sidang  media  selepas  meninjau  persiapan  sambutan Hari Sarawak  yang  akan  diadakan  22 22 Julai ini di  sebuah hotel  terkemuka  di  sini,  semalam. 

Lee berkata, sambutan Hari Sarawak pada tahun ini amat berbeza disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, namun tetap meriah dan penuh bermakna.

Beliau berkata, penganjuran sambutan Hari Sarawak nanti akan diadakan secara virtual dan bersiaran secara langsung melalui TV3, tvSarawak, Sarawak Event Channel, Astro Awani serta Facebook Live pada jam 9 malam. 

“Pelbagai program  bakal diadakan pada hari tersebut antaranya dokumentari khas, sitcom-Kampong Selepas Putus, persembahan koir medley lagi Sarawakku Sayang dan Pertiwiku Tercinta.

“Justeru, kita ingin mengajak orang ramai menonton secara ‘live’ sambutan tersebut melalui platform yang disediakan,” katanya. 

Sambutan Hari  Sarawak  pada hari tersebut  akan  diserikan  dengan  kehadiran  Yang Dipertua Negeri Sarawak Pehin Sri Tun Abdul Taib Mahmud bersama isteri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib serta Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan isteri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Haji Bujang.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Peserta Bengkel Kek Lapis Premium terima sijil
Next: Syarikat bina jambatan atasi banjir kilat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.