Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Raja Permaisuri Agong doakan jemaah haji dikurniakan kesihatan baik
  • SEMASA

Raja Permaisuri Agong doakan jemaah haji dikurniakan kesihatan baik

Utusan Sarawak 18 hours ago
KETUA Rombongan Haji Malaysia, Mohd Hisham Harun (kiri) bersama para jemaah haji Malaysia. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah mendoakan agar semua jemaah bagi musim haji 1446H/2025M dikurniakan kesihatan yang baik dan dilancarkan urusan ibadah mereka. 

Menurut catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda turut mendoakan agar urusan jemaah haji dipermudah sepanjang perjalanan. 

Raja Zarith Sofiah turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada dua pegawai Istana Negara yang bakal menunaikan ibadah haji tahun ini.

Mereka ialah Juruiring Tentera Udara Brig Jen Amrul Yacob dan isteri Anis Yusnita Soip, serta Pegawai Tugas-Tugas Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada Yang di-Pertuan Agong Supt Mohd lrwan Rasul dan isteri Nur Kamilia Faizol.

Majlis kurniaan sumbangan berlangsung di Istana Negara hari ini.

– Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak negeri terawal laksana terapi larva terkawal di rantau ini
Next: Sarawak perkukuh agenda hijau di Malaysia Autoshow 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.