Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Rafizi, Premier Sarawak bincang RUU berkaitan perdagangan karbon
  • SEMASA

Rafizi, Premier Sarawak bincang RUU berkaitan perdagangan karbon

Utusan Sarawak 7 months ago
MENTERI Ekonomi Rafizi Ramli mengadakan pertemuan dengan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, hari ini. FotoUKAS

PETRA JAYA: Menteri Ekonomi Rafizi Ramli hari ini mengadakan pertemuan dengan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta menteri kabinet negeri bagi membincangkan Rang Undang-Undang (RUU) berhubung perdagangan karbon.

Rafizi berkata, perbincangan berkenaan tertumpu kepada usaha mengharmonikan undang-undang di peringkat negeri dan Persekutuan sebelum RUU itu dibentangkan pada penghujung tahun ini.

“Semangatnya ia adalah untuk memastikan Sarawak dan juga Malaysia dapat melaksanakan Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) dengan secepat mungkin mengikut perancangan yang dibuat dan proses itu akan terus berjalan.

“Saya berasa lega apabila mengetahui semua pihak bersetuju untuk memastikan kejayaan kemajuan Malaysia, kerana CCUS adalah satu aktiviti berteknologi tinggi yang memacu lonjakan ini ke hadapan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan bersama Abang Johari di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Rafizi berkata, jika Malaysia dapat melaksanakan perdagangan karbon dengan berjaya dalam tempoh lima tahun akan datang, ia akan meletakkan Malaysia di hadapan dan menjadikan Sarawak sebagai pemain utama di peringkat serantau.

“Ia akan mencipta banyak pekerjaan dengan gaji tinggi, mengangkat kepimpinan kita dalam peralihan tenaga. Saya rasa momentum untuk ini telah meningkat dengan begitu pantas dalam tempoh satu tahun,” katanya.

Beliau berkata setakat ini empat negeri telah dikenal pasti mempunyai potensi besar untuk melaksanakan CCUS  iaitu Sabah, Sarawak, Terengganu dan Pahang. 

“Jadi, buat masa ini kami memberi tumpuan kepada empat negeri ini, dan kesemuanya telah mengadakan sesi libat urus mengenai undang-undang CCUS ini,” katanya.

Sebelum ini, Rafizi dilaporkan berkata RUU CCUS akan dibentangkan di Parlimen pada November depan.

Beliau berkata penggubalan undang-undang nyahkarbon itu bertujuan mengawal selia aktiviti berkaitan, sekali gus menarik lebih ramai pelabur ke negara ini. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Permohonan untuk Program Biasiswa Kerajaan Rusia kini dibuka kepada warganegara Malaysia
Next: Pinda segera Akta SPR bagi mengembalikan 35% kerusi Parlimen Sarawak, Sabah 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.