Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PVATM utamakan kebajikan pesara tentera
  • Utara
  • WILAYAH

PVATM utamakan kebajikan pesara tentera

Utusan Sarawak 1 month ago
RAKAM KENANGAN… Simie Nasip bersama ahli PVATM Lawas ketika mengunjungi rumah terbuka Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di Lawas serta kenamaan lain.

LAWAS: Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Cawangan Lawas meletakkan kebajikan pesara tentera sebagai keutamaan.
Ketua Cawangan PVATM Lawas Simie Nasip berkata pihaknya akan turun padang membantu veteran yang terlantar sakit dan menyampaikan sumbangan selain melaksana program bagi menyantuni dan menjaga kebajikan mereka.
“Kita akan terus bersuara untuk mengetengahkan dan menjaga kebajikan ahli-ahli PVATM Lawas terutama mereka yang sudah tua,” katanya ketika dihubungi media.
Simie juga berharap agar masyarakat sama-sama membantu setiap aktiviti PVATM sebagai menghargai segala pengorbanan mereka mempertahankan tanah air.
Pada masa yang sama ahli-ahli PVATM Lawas perlu tampil aktif membantu dan menyumbang tenaga,idea dan khidmat bakti kepada masyarakat dan pembangunan negara.
Simie juga berharap lebih ramai lagi bekas tentera terutama mereka yang baharu pencen dengan menjadi ahli PVATM.
“Kekalkan disiplin yang tinggi dan sama-samaenyumbang kepada masyarakat dan negara,”ujarnya.
Pada masa ini PVATM Lawas mempunyai sekitar 60 ahli berdaftar
Mereka yang ingin mendaftar sebagai ahli PVATM Lawas boleh menghubungi Simie di talian 013-552 7111.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: APM Marudi lakukan pemantauan banjir
Next: RSS anjur Ramah Tamah Aidilfitri Sabtu ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.