Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Putin kerah unit senjata nuklear siap sedia
  • GLOBAL

Putin kerah unit senjata nuklear siap sedia

Utusan Sarawak 3 years ago

PRESIDEN Rusia, Vladimir Putin melawat tapak pembinaan Pusat Angkasa Negara di Moscow semalam. • Foto AFP

MOSCOW: Presiden Rusia, Vladimir Putin telah mengerahkan pasukan khas tenteranya termasuk unit senjata nuklear untuk berada dalam keadaan waspada ‘peringkat tinggi’, lapor AFP. 

Putin memberitahu ketua-ketua pertahanan bahawa arahan itu berpunca daripada kenyataan agresif Barat ketika Rusia dikecam hebat berikutan pencerobohannya ke atas Ukraine.

Pengumuman itu tidak bermakna bahawa Rusia berhasrat menggunakan senjata pemusnah besar-besaran itu.

Amerika Syarikat (AS) segera mengecam keputusan Putin dan menggelarnya sebagai ‘peningkatan perang yang tidak boleh diterima’.

Minggu lalu, Putin telah memberi amaran bahawa sesiapa sahaja yang cuba menghalangnya di Ukraine akan menerima akibat yang tidak pernah dialami sebelum ini.

Kata-kata itu ditafsirkan secara meluas sebagai isyarat ancaman untuk menggunakan senjata nuklear jika Barat menghalangnya.

Amaran berkenaan menjadi lebih kuat semalam apabila Putin mengarahkan menteri pertahanan Rusia dan ketua kakitangan am tentera supaya rejim khas tugas tempur mempersiap senjata nuklear. 

Selepas pengumuman Putin, Kesatuan Eropah (EU) pula mengumumkan sekatan dan tindakan baharu terhadap Rusia yang belum pernah dilakukan sebelum ini 

Antaranya termasuk pembiayaan senjata kepada Ukraine, larangan menyeluruh pesawat Rusia menggunakan ruang udara EU dan menyekat saluran media kerajaan iaitu Sputnik dan Russia Today di wilayah EU. 

Duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, perintah nuklear Putin menunjukkan bahawa beliau akan meningkatkan konflik di Ukraine dengan cara yang tidak boleh diterima.

White House bagaimanapun berkata bahawa Rusia tidak pernah diancam oleh Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg pula menyifatkan kenyataan Putin sebagai ‘retorik berbahaya’. – AFP

Continue Reading

Previous: Korea Selatan rekod jangkitan Covid-19 paling buruk
Next: Guna banduan perangi askar Rusia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.