Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Puteri Wales buat penampilan umum pertama sejak selesai rawatan kemoterapi
  • GLOBAL

Puteri Wales buat penampilan umum pertama sejak selesai rawatan kemoterapi

Utusan Sarawak 8 months ago

Puteri Wales, Kate Middleton. Foto AFP

WASHINGTON: Puteri Wales Kate Middleton pada Ahad membuat penampilan umum pertamanya sejak mengumumkan selesai menjalani rawatan kemoterapi, lapor United Press International (UPI).

Puteri Catherine, 42, menghadiri upacara keagamaan bersama suaminya Putera William serta anggota keluarga diraja lain di Gereja Crathie Kirk berhampiran Istana Balmoral di Scotland.

Akhbar The Sun menyiarkan gambar beliau tersenyum ketika duduk di tempat duduk penumpang dalam kereta yang dipandu Putera William.

Beliau memakai topi berwarna hijau gelap dengan bulu di tepinya dan mengenakan kot bercorak tartan berwarna coklat.

Awal bulan ini, Kate berkata beliau berasa lega untuk menyelesaikan rawatan kemoterapi, yang diumumkan pada Mac, ketika beliau juga mendedahkan diagnosis kansernya.

Pada Selasa, dilaporkan bahawa puteri itu sudah kembali bertugas. – Bernama-UPI

Continue Reading

Previous: Amaran kemungkinan letusan gunung berapi di Filipina
Next: 18 tahun bayar bil elektrik jiran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.