Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pustaka Negeri Sarawak anjur Juh Nambah Ilmu dan Hari Bersama Pelanggan di Lawas
  • Utara
  • WILAYAH

Pustaka Negeri Sarawak anjur Juh Nambah Ilmu dan Hari Bersama Pelanggan di Lawas

Utusan Sarawak 4 hours ago
POSTER Program Juh Nambah Ilmu dan Hari Bersama Pelanggan 2026.

LAWAS: Pustaka Negeri Sarawak, Miri akan menganjurkan Program Juh Nambah Ilmu dan Hari Bersama Pelanggan 2026 pada 3 dan 4 Julai 2026, bermula 9.00 pagi hingga 8.00 malam di Dewan Seri Sari 2, Hotel Seri Malaysia, Lawas.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, program ini dianjurkan sebagai platform untuk mendekatkan masyarakat dengan budaya ilmu, pembelajaran sepanjang hayat serta memperkenalkan pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh Pustaka Negeri Sarawak.

Program selama dua hari itu terbuka kepada semua lapisan masyarakat, khususnya komuniti setempat, murid sekolah rendah, pelajar sekolah menengah, ibu bapa, guru serta orang awam.

Melalui penganjuran ini, Pustaka Negeri Sarawak, Miri berharap dapat menyemai minat masyarakat terhadap pembelajaran sepanjang hayat di samping memperkukuh hubungan antara Pustaka dan komuniti.

Pelbagai aktiviti menarik telah disusun sepanjang program, antaranya Juh Nambah Ilmu: Literasi Maklumat, Literasi PANDei, ceramah kesihatan, kuiz Kahoot, Pertandingan Mewarna Benih Bacaan, Pertunjukan Fesyen Kitar Semula, Pertandingan Gubahan Bunga daripada Bahan Terpakai (3R), Book Talk: Catatan Kembara Pustakawan ke Bario, serta cabutan bertuah yang akan diadakan pada beberapa sesi setiap hari.

Selain itu, kaunter Hari Bersama Pelanggan akan dibuka sepanjang program bagi membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat serta menikmati pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pustaka Negeri Sarawak.

Program ini turut memberi penekanan kepada pembangunan literasi maklumat dan literasi digital melalui platform PANDei, di samping memupuk kreativiti serta kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar menerusi pertandingan berkonsepkan kitar semula seperti Pertunjukan Fesyen Kitar Semula dan Pertandingan Gubahan Bunga 3R.

Pengisian program ini bukan sahaja bersifat pendidikan, malah sesuai untuk dinikmati oleh seluruh ahli keluarga.

Penyertaan bagi semua aktiviti adalah percuma, termasuk pendaftaran keahlian baharu serta pembaharuan keahlian Pustaka Negeri Sarawak sepanjang program berlangsung. Pengunjung juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik melalui pertandingan dan cabutan bertuah yang disediakan.

Penganjuran program ini dilaksanakan dengan kerjasama beberapa rakan strategik, iaitu Pejabat Daerah Lawas, Pejabat Pendidikan Daerah Lawas, Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) Lawas dan Pejabat Kesihatan Bahagian Lawas. Kerjasama ini membolehkan pengunjung menikmati pengisian program yang lebih menyeluruh serta memberi manfaat kepada komuniti setempat.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Gerawat tinjau projek pembangunan di Long Panai
Next: Peguam buat laporan polis dakwa vape dijual kepada pelajar sekolah di Limbang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.