Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pustaka Miri anjur Ceramah Komuniti Virtual
  • TEMPATAN

Pustaka Miri anjur Ceramah Komuniti Virtual

Utusan Sarawak 5 years ago
SANTAI…Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, Dato Gerawat Gala bersantai di dusun buah-buahan ‘Leisure Faram Charles Udau’ (gambar) di kawasan Stapang kira-kira 15 kilomter dari pekan Marudi. Turut bersamanya, Penolong Pengarah Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri, Wagner Lisa Libut, wakil HDC Bahagian Rumah Panjang, Joseph Ronald dan yang lain. Dalam sesi santainya, Gerawat banyak memberi galakan kepada pekebun buah-buahan supaya mempratikkan cara moden dalam bidang pertanian untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. Beliau kagum dengan usaha Charles Udau kerana tidak membuang masa selepas bersara. • Foto. JIKU JUGUONG

MIRI: Pustaka Negeri Sarawak, Miri dengan kerjasama ECT Training Enterprise akan menganjurkan Ceramah Komuniti Virtual bertajuk ‘Trust Your Dream’, Isnin depan.

Ceramah berkenaan akan dilakukan melalui saluran Youtube rasmi Perpustakaan (Saluran Pustaka Sarawak) dan laman Facebook rasmi (pustaka.sarawak) bermula dari 10 pagi hingga 11 pagi.

Pustaka Miri menerusi satu kenyataan berkata, ceramah virtual ini akan disampaikan oleh fasilitator yang berpengalaman dan berbakat, Nurulisa Poli, merupakan jurulatih, penasihat dan perunding bertauliah dari Certified Professional Image Consultant.

Katanya, pengalaman dan kepakaran beliau dalam industri latihan tidak hanya terbatas pada latihan mental, tetapi juga keunikannya dalam menyampaikan kuliah atau latihan yang berkaitan dengan tiga elemen seperti psikologi, keperibadian dan imej.

“Justeru, orang ramai dijemput untuk menghadiri program ini yang akan dijalankan secara virtual tentang pentingnya kita harus mengejar impian kita, menaruh kepercayaan yang tinggi pada diri sendiri untuk mencapainya serta mempelajari kaedah atau cara yang dapat kita gunakan untuk menggapai impian yang kita dambakan.

“Objektif utama program ini adalah untuk membantu peserta memahami pentingnya kita harus bersungguh- sungguh, mempunyai fokus diri yang tinggi serta arah hidup yang jelas,” katanya.

Di samping itu, katanya, peserta juga akan diberi bimbingan serta tips yang berguna dalam memahami serta membina keyakinan diri dalam mencapai impian mereka.

“Masyarakat amatlah digalakkan untuk menghadiri ceramah virtual yang menarik dan penuh interaktif ini dan untuk menyertai sesi virtual tersebut tiada caj akan dikenakan,” jelasnya. Untuk maklumat yang lebih lanjut, orang ramai boleh menghubungi pustakawan Pustaka di talian 085-422525 atau whatsApp di 0115-882-0533.

Continue Reading

Previous: Pembetung tersumbat perlu diselenggara
Next: Tingkat kesedaran penjagaan alam sekitar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.