KUCHING: Majlis Banda- raya Kuching Selatan (MBKS) telah mewujudkan pusat pemeriksaan suhu badan untuk semua pelanggan di Pasar Taman Kenya- lang dan Pasar Komuniti Stutong, semalam.
Menurut Datuk Bandar MBKS Dato Wee Hong Seng, ini bertujuan untuk memastikan semua pembeli yang datang ke pasar-pasar di bawah seliaannya adalah dipantau dengan betul sebelum memasuki kawasan tersebut.
“Selain itu, orang ramai adalah dinasihatkan untuk melakukan perbelanjaan mereka pada hari bekerja kerana kadar kehadiran lebih kurang dan dalam masa yang sama untuk mengelakkan kesesakan terutamanya pada hari Sabtu dan Ahad.
“Selain itu, hanya se- orang wakil keluarga hadir melakukan pembelian dan mesti meninggalkan pasar sebaik sahaja selesai berbelanja,” katanya ketika melakukan lawatan di Pasar Taman Kenyalang, semalam.
Beliau turut mengingatkan orang ramai untuk sentiasa menjaga jarak sosial sekurang-kurangnya semeter dan kerjasama ini adalah penting kerana semua orang perlu memainkan peranan untuk mengekang penularan Covid-19.
Dalam perkembangan berlainan, Wee telah menyampaikan sumbangan 1,000 penutup mulut dan hidung kepada Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) pada Rabu.
Sumbangan tersebut telah disampaikan kepada Presidennya, Jacqueline David sebagai penghargaan dan menyedari pe- ranan penting wartawan Usan, Kapit, Belaga, Song, Bukit Mabong, Lubok Antu dan Tebedu.
Pusat pemeriksaan suhu badan diwujudkan dan media massa dalam menjalankan tugas mereka sebagai barisan hadapan untuk menyampaikan mak lumat yang tepat dan sahih kepada orang ramai selain meletakkan diri mereka dalam risiko.
KDJA turut menggesa kerjasama daripada orang ramai, untuk menghentikan penyebaran semua jenis
berita palsu dan pada masa yang sama mengikuti Pe- rintah Kawalan Pergerakan (PKP).