Kanowit kekal sangat tidak sihat, IPU naik kepada 212

Facebook
WhatsApp
STATUS IPU Sarawak setakat 4.00 petang ini menunjukkan Kanowit merekodkan bacaan 212 pada tahap sangat tidak sihat, meningkat daripada 208 pada tengah hari. Sumber NREB.

KUCHING: Bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) di Kanowit meningkat empat mata daripada 208 pada tengah hari kepada 212 setakat 4.00 petang ini, sekali gus kekal pada tahap sangat tidak sihat.

Menurut status IPU Sarawak yang dikeluarkan oleh Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB), bacaan di Lubok Antu pula menurun daripada 195 kepada 190, namun masih berada pada tahap tidak sihat.

Beberapa kawasan mencatatkan peningkatan bacaan, termasuk Serian daripada 186 kepada 194, Samarahan daripada 173 kepada 180, Kuching daripada 179 kepada 183 dan Lundu daripada 128 kepada 154.

Tebedu turut meningkat daripada 159 kepada 170, manakala Belaga naik daripada 174 kepada 178.

Sementara itu, Sri Aman turun daripada 180 kepada 177, Sarikei daripada 168 kepada 165 dan ILP Miri daripada 158 kepada 155.

Sibu kekal pada bacaan 167, manakala Miri turut kekal pada 161.

Setakat 4.00 petang, Kanowit menjadi satu-satunya kawasan yang mencatatkan IPU pada tahap sangat tidak sihat, manakala kawasan lain berada pada tahap tidak sihat atau sederhana.

Kanowit catat IPU 244, Lubok Antu 205

KUCHING: Kanowit merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tertinggi di Sarawak dengan 244 pada 8.00 pagi ini, berada pada tahap