SIBU: Pusat Khidmat Parlimen Lanang menerusi Program Sayangi Lanang akan menganjurkan kempen derma darah, Sabtu ini.
Kempen dengan kerjasama Unit Perkhidmatan Transfusi Darah Hospital Sibu akan bermula 9.00 pagi hingga 2.00 petang, di Pusat Khidmat Parlimen Lanang, Lorong Lanang 82.
Penganjuran kempen bertujuan membantu pihak bank darah hospital mendapatkan bekalan darah yang mencukupi untuk kegunaan Hospital Sibu.
Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti kempen derma darah, orang ramai boleh menghubungi Bank Darah Hospital Sibu di talian 084-343333 sambungan 2010.